بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 20 Mei 2012

Berkilau ibarat emas?

Assalamualaikum.

Ketika sedang menaip entri ini rancangan Apa Kata Wanita sedang bersiaran. Tapi tak dapat lihat di skrin tv, Iman tengok Go Deigo.. Go.

Kembali kepada tajuk tak lari dari sifat utama wanita yang suka pada kecantikan. Semua orang memiliki kecantikan tersendiri. Bersyukur apa yang Allah kurniakan. Cuma akan nampak lebih elok bila kita pelihara apa yang diberikan. Bukan mengubah ya.. tu dah kira haram. Melainkan yang harus.

Baru-baru ni cuba produk Safi Rania Gold. Saya tak beli set lengkap. Sekadar pencuci muka dan krim kecantikannya sahaja. Saya tak rajin nak guna semua. Produk sebelum ni pun masih ada lagi.

Teruja nak cuba sebab mak dan adik saya kata elok. Ditambah dengan rakan blog Fieda dan Ina (IntanBerlian) pun guna juga. Setakat ni sudah seminggu saya mencubanya. Hasilnya boleh dibanggakan. Sebab jeragat semakin pudar. Risaukan bila nampak jeragat dimuka. Ini semua gara-gara malas jaga muka. Sejak ada Iman saya dah tak guna krim uv. Keluar pun cuma sapu bedak baby Johnson Iman je ;) tengok betapa malasnya saya.

Bila dah naik jeragat sikit barulah menggelabah nak hilangkan ;) tapi krim muka tu rasa gatal-gatal pula bila baru-baru sapu di muka.



Apa pun kena tunggu sebulan... Lihat betul-betul serasi atau tak. Ini pun saya kejap guna kejap tak krimnya. Keluar rumah je guna ;)

15 ulasan:

  1. aisey... sekarang ni pun berebut dgn orng lain tgk tv. tak dapat nak tgk ina punya blog pilihan tu.

    BalasPadam
  2. kena rajin sebenarnya kan kak.. nur ni pun pmalas juga..hihi.. tapi nur xpakai rania, nur pakai produk lain, alhamdulillah parut2 semua dah hilang... :)

    P/s: sori lambat BW..lepas telan ubat selsema siang tadi...terus pengsannn..!hohohoho

    BalasPadam
  3. saya pun pakai Safi Rania ni sekarang :) alhamdulillah memang sangat serasi...lagipun saya mmg pengguna setia produk safi ni :)

    BalasPadam
  4. Tak pernah lg pakai rania ni...ikut jugakkan mana yg sesuai tu elok jer bila gunanya..

    BalasPadam
  5. sy pun guna safi rania jg...stakat ni agak serasi la jg. rasa lembut ja kulit pas guna.

    BalasPadam
  6. dulu pernah pakai tapi sebab malas dah tinggal sekarang pakai lain pulak... saya ni jenis tak stay kat satu produk je

    BalasPadam
  7. sy x rajin pakai..mcm best je nk cuba, tp takut mmbazir x habis guna.hihi.. nk perabiskan yg lama dulu, baru test beli yg ni pulak sbb byk yg kata best. :p

    BalasPadam
  8. sy pakai pencuci muka jer...cream muka tak pernah try..since ad ank ni, mmg tak sempat nk belek muka pagi2 b4 g kerja kn...huhu...

    BalasPadam
  9. brg kecantikan nie semua mmg kena rajin guna.sy pun kang guna SRG gak..sy tak pakai krim kecantikan tu.guna pencuci,toner,serum dan krim malam..

    so far oklah..nak kata magical sgt tak tau plak la sbb kulit sy takde masalah sgt..:)

    BalasPadam
  10. insyaallah mesti serasi nanti...mula2 guna krim tu mmg gatal2 muka..mula2 saya ingat tak serasi ker..rupanya lama2 ok..cuma bila siang kulit rasa kering sikit kalau saya tak pakai pelembab..

    BalasPadam
  11. sy tingin nk beli pelembap tp xbeli lagi..

    BalasPadam
  12. wahh kenelah tunjuk muka sebelum dan selepas.. mesi comell kalah che ta...

    BalasPadam
  13. @Cik Nur bolehlah kongsi produk apa tu?

    BalasPadam
  14. @fieda kulit saya ok pula. Lepas ni nak beli serum pula.

    BalasPadam
  15. @Masya kalau comel bolehlah tunjuk ;) amboi!

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...