بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 30 Mei 2012

Alahai Iman

Assalamualaikum



Asyik cerita tentang ummi dia je kan? Akhir-akhir ni Iman dah mula belajar bercakap. Ada yang jelas sebutannya dan ada yang tidak.

Hari ni lepas je mandikan dia. Dia suruh pakai tudung. Nak ajak keluarlah tu. Biasanya dia akan ambil tudung ummi dia dan sebut "akai". Memang hari-hari macam tu sebenarnya.

Kalau panggil ayah dia "ayah.. sinilah... alah" itu ayat kalau ayah dia tak dengar dia panggil. Kelakar pula dengar. Tapi sebenarnya dia ikut ayat siapalah tu ;) mula ummi tuduh ayah dia.. tapi yang sebenarnya ummi dialah selalu cakap macam tu bila dia lari-lari nak pakai diaper dan baju lepas mandi.

Malu je kan.. Anak-anak akan ikut apa yang biasa kita sebut dan buat. Kadang-kadang bila banyak bergaul dengan rakan sebaya pun dia akan cepat meniru. Jadi sekarang memang kami kurangkan dia bergaul. Sebab sekarang memang dia cepat meniru.

Ada lagi cerita. Bila ummi dia masuk bilik air bawah dia akan lock ensel pintu bilik air tu dari luar. Apa lagi ummi dia.. suruh dia buka. Dia pun suspen juga.. "ukak ni" nasib baik pandai buka balik. 3 kali dah dia kunci ummi dia ;) hai risau betul. Dahlah berdua.

Paling suka dengar bila sampai rumah sesiapa je dia akan cakap "aaakum" kalau orang lain bagi salam dia akan cakap "aaalam" ringkas je. Lidah tak pandai nak belit lagi ;)

Bila dia tolong saya akan cakap terima kasih dan dia akan buat perkara yang sama. Bila kita bagi apa-apa, dia akan cakap "aaacih"

Kalau bertanya suka guna ayat "apa?" yang ni tiru ayat sepupu dia Najihah. Sebab Najihah suka tanya iman "apa iman? apa"

Macam-macam ragam anak-anak ni kan? Apa yang saya belajar adalah bersabar dengan kerenah mereka. Adakala hilang sabar juga, sebab malu orang tengok ragam dia tu. Kalau tak marah langsung tak boleh juga kan? Tapi masa ni memang diorang takkan faham pun apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Susah juga...

8 ulasan:

  1. As salam UI.
    Iman sama mcm anak buah sis...mcm tu la caranya bercakap.Anak buah sis bulan 7 ni 2 tahun.Mmg pandai meniru org ckp...biasalah budak2kan.

    BalasPadam
  2. Salam, '
    Kita akan teruja bila dengar perkembangan anak bercakap patah demih patah perkataan kan.. Seronok mendengar perkembangan Iman..

    UI kena hati2 bila berada di dalam bilik air, kadang2 bila kids pun panik, dia dah jadi tak tahu camaner nak buka pintu tu balik ;-

    BalasPadam
  3. Salam, '
    Kita akan teruja bila dengar perkembangan anak bercakap patah demih patah perkataan kan.. Seronok mendengar perkembangan Iman..

    UI kena hati2 bila berada di dalam bilik air, kadang2 bila kids pun panik, dia dah jadi tak tahu camaner nak buka pintu tu balik ;-

    BalasPadam
  4. tiru benda baik xpe kan.. time tiru benda yg tak sepatutnya..alahai, kita yg pening..~ :p

    BalasPadam
  5. @Mariambebakar memang beringat juga. Kalau tak kunci nampak pula ummi dia yg seksi dalam toilet tu :)

    BalasPadam
  6. hihi..comel iman..alya pun sama sgt byk cakap...mmg almost perkataan yg dia ckp kita boleh paham..cuma kdg2 time dia ckp laju tu yg tak paham..

    alya suka "ma,ape tu??" klo dia tahu dia jawab sendiri..klo tak dia akan tanya sampai kita jawab..kadang2 penat gak nk melayan cakap dia tu..hehe

    alahai..macam2 karenah ank kn...yg pasti itu lah yg membuatkan kita bhgia ;)

    BalasPadam
  7. wah.. siap kunci ummi dia lg yer.. hihii... nsb pndai bk.. :-)

    BalasPadam
  8. ensem la iman ni berbaju merah..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...