بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 24 April 2012

Ulangtahun Perkahwinan

Alhamdulillah... hari ini merupakan imbasan 13 tahun yang lalu di mana saya dan ayah Iman diijabkabulkan. Jodoh dan pertemuan yang telah ditetapkan oleh Allah berbekalkan solat istikharah kedua-dua belah pihak.

Saya bersyukur dengan ketetapan jodoh ini kerana AI seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. 

Di bawah gambar kami selepas nikah dan gambar semasa majlis meraikan tetamu. Kami tidak bersanding. Perkahwinan yang sederhana dan segala persiapan perkahwinan diuruskan oleh makcik saya. Bayangkanlah baju pengantin (songket) tu pun saya tak tahu apa rupanya hinggalah tiba hari untuk dipakai ;) Sebenarnya ayah Iman tak mahu pakai songket, malu katanya.. kalau tak percaya tengok rupa dia masa pakai songket tu.. dengan tengkolok yang tak kemas. Bila dia tengok balik dia kata malu je.. gambar semua tak elok ;)

tanggal 24 April 1999
setelah selamat diijabkabulkan

tanggal 25 April 1999
gambar kenangan di hari bersejarah bersama mak dan arwah abah saya.

Ramai juga saudara mara dan sahabat handai yang datang pada hari ini. Sehinggakan lauk pauk tidak cukup. Mungkin ini majlis pertama di rumah mak saya. Jadi kedatangan tetamu memang tidak disangka-sangka.


Terima kasih Allah



18 ulasan:

  1. wah..selamat ulangtahun..moga berkekalan hingga ke akhir hayat dan bahagia selalu.

    BalasPadam
  2. Tahniah.Happy anniversary UI...semoga bekekalan dan bahagia selalu.

    BalasPadam
  3. selamat ulangtahun rose...sama la pulok ulangtahun perkahwinan kita ye...saya yg ke 13 tahun jugak 22 Mei ni....

    semoga diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat buat rose sekeluarga..

    BalasPadam
  4. selamat ulangtahun yang ke-13. semoga bahagia sampai ke syurga.

    BalasPadam
  5. Hepi Anniversary Ummi...moga kasih sayang Ummi dan husben berkekalan hingga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  6. selamat ulangtahun.sudah 13 tahun bkn jangka masa yg singkat..bahagia hingga kesyurga hendaknya..:)

    BalasPadam
  7. selamat ulang tahun... semoga bertambah mesra hingga keakhirnya...

    BalasPadam
  8. As salam Ummi Iman,

    Alhamdullillah, sudah 13 thn! Tahniah to both of u! Seronok sy dgr... Comel je tgk Ummi Iman tu... kecik molek... Happy Anniversary... Barakallahulakuma~

    BalasPadam
  9. Terima kasih semua atas ucapan dan doa. Sayang kamu :)

    BalasPadam
  10. slmt ulangtahun perkahwinan utk ui n ai.. dh 13 thn ye.. moga kekal hingga ke syurga..

    BalasPadam
  11. amboi masamnye ummi iman heheh..abah iman mude sgt mase ni nampak..tapi ummi iman nampak tak makan usie.. ;)

    apapun..selamat bercinta smpai syurga!

    BalasPadam
  12. UM : ingatkan takde org nak tegur pasal muka saya yg masam tu... Teringat ayat seseorang "macam kahwin paksa je" :D kalau nak tau saya ni mmg tak pandai senyum. Melainkan org ambil candid.. Nk senyum buat2 mmg tak reti ;) kelakarkan.. Ada juga org macam ni...

    BalasPadam
  13. alhamdulilahh.. semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan keakhir hayat...

    BalasPadam
  14. wah..tahniah...comel jer gambar2 tu...mesti teringat2 kan tgk gambar lama..

    semoga kekal bahagia selamanya

    BalasPadam
  15. comelnya gambar kawen..sweet :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...