بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 10 April 2012

Tak suka traffic jam

walaupun highway jalan tetap jam. rasa macam tak berbaloi bayar tol ;)

Nak membebel sikit pasal jalanraya yang sesak walaupun bukan peak hour. Sakit lutut walaupun kereta auto. Belum kereta manual lagi :) Agaknya kesan tergelincir di rumah mak sebelum ni.

Hari ni kena pergi KLCC hantar kunci motor spare ayah Iman. Kunci motor patah duduk dalam lubang kunci. Masa dapat call pagi tadi.. pelik juga kunci motor boleh patah. Betapa gagahnya suami saya tu hehe. Bertolak dari rumah pukul 2.15pm sampai pukul 4.00pm. Kalau pergi Alor Gajah pun dah sampai.

Lepas bagi kunci tak terus balik sebab tengok jalan jem, lagi-lagilah time orang balik kerja. Singgah rumah kawan di Sentul dulu untuk luruskan kaki ;) macam biasa sampai rumah dia tak sah kalau tak makan nasi. Tak kiralah pukul berapa pun kita sampai. Kawan saya Zana ni saya kenal masa bekerja di Ampang dahulu pada tahun 1997. Lamakan? kira kawan yang paling rapat. Anak dia pun saya pinjam bawa balik masa tiada Iman dulu. Siap bawa balik Kelantan lagi. Sepanjang berkawan kami memang tiada masalah. Sayang kamu..

Iman tidur dari dalam kereta lagi masa dalam perjalanan balik. Penat sangat agaknya, sempatlah main bola di rumah kawan saya tadi. Pergi tadi ikut federal highway balik ikut NKVE pula. Jem jugalah.. lepas Damansara baru lancar sikit. Apa pun selamat dah sampai rumah. Taklah selambat perjalanan pergi.

Mana-mana pun semua jalan sesak. Betapa ramainya pengguna jalanraya sekarang ni. Bila dah sangkut.. apa yang penting... sabar je lah.. nak buat apa lagi.. nak mengamuk dan marah-marah pun tak guna. Buat stress je.. lepas tu sakit kepala.. kita juga yang susah. Tapi tetap membebel.. time-time macam ni pun jalan jem juga ke? lagi-lagi... jem.. jem..


5 ulasan:

  1. Kak Nida pun tak suka traffic jam.. kalau kena mesti panadol menjadi teman.. pening bau asap + jalan yg jammed tu.

    BalasPadam
  2. jln jem akn rosakkn segala urusan... sib baik duk kwasan kg tklh jem klu nk ke town kena rempuh sberang jya mmg slalu jem...kna pndai cri masa sesuailah

    BalasPadam
  3. jln jammed lh yg ANTARA BNDA YG SY XSK... LENGUH DUK DLM KETE...HIHII

    BalasPadam
  4. kematu rasanya bontot, kaki kejang klu tengah drive bile jem ni.... anak mesti tdo punyer...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...