بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 6 April 2012

Sudut belajar Iman

Antara aktiviti yang dilakukan di rumah bersama Iman adalah mengajar dia. Selain mengunakan CD, kaedah mengajar menggunakan gambar yang dilekatkan pada dinding. Sebenarnya tak tahu nak panggil apa ;) alhamdulillah Iman dah kenal semua anggota badan dia. Termasuk dagu, leher, peha dan betis. Siku dengan ketiak je kadang-kadang tu lupa lagi. Sekarang tengah seronok layan dia mengira dalam bahasa inggeris. 1 - 5 pas dah lepas tu terus 9, 10. Oklah tu.. Dalam bahasa melayu pula dulu ok sekarang dah boring agaknya asyik-asyik 8, 10, 11 je yang disebutnya yang lain tak mahu dah. ABC kalau tengok CD bolehlah sebut huruf apa lepas selepas sesuatu huruf disebut dan tahulah A untuk ayah dan sebagainya. Tapi tak semua. Ajar sekali banyak pening juga dia ;) Kalau kita rajin ulang apa yang kita ajar sekejap je dia ingat. Kalau break beberapa hari memori dah lari... ;) Takpelah slow-slow yang penting minat tu ada... betul tak Iman?

Cuba-cuba juga mengeja dan suruh dia bunyikan apa yang kita eja.. macam ka ki, bo la, u mi, a yah.. bolehlah sebut. Tapi sekejap je.. dia macam tak suka je kita test dia macam tu.. sekarang kalau kita eja apa pun dia sebut ummi hehe... agaknya dalam hati dia kata... pening dah banyak sangat test :D

kad bergambar pertama yang dibeli.. kalau kita tanya mana kucing, ayam.. apa yang ada di situ dia dah tau.. tapi 'cikgu' kena rajin.. macam disebut tadi.. kalau cuti lama.. memori lari sikit. Bila kita beritahu barulah nak ingat balik.

dah tambah lagi 3... ayah Iman yang beli.. kenderaan dan binatang tu saya ajar yang biasa kita lihat. Kereta, motor, van, basikal, kapal terbang, kapal, ambulance, lori, keretapi semua dah pass. Binatang pula senarai yang dah pass.. zirafah, gajah, ikan, kucing, anjing (Iman sebut dog.. tak pandai sebut anjing), kuda, cicak, burung, ayam. Tak ajarlah semua yang ada di situ macam yak apa lagi entah.. kita sendiri pun tak kenal ;)

Tengah plan nak cari CD zikir pula untuk Iman. Macam rakan blogger Husna yang sudah terapkan kepada anak-anaknya. Memang comel bila anak kecil dah pandai berzikir. Betul tak? Tak sabar nak tunggu ayah Iman belikan portable DVD player untuk Iman. Senang boleh bawa ke mana-mana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...