بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 26 April 2012

Serasikan diri dengan yang baru

Segala yang baru menuntut kita belajar dan memahami. Macam saya yang sedang serasikan diri dengan 'benda' baru ni. Ada masa geram juga bila ada benda yang dulu senang nak buat jadi susah pula. Lagi-lagi semuanya menggunakan hujung jari. Kalau yang dah biasa guna jari tu mungkin mudah. Masa guna laptop saya suka guna tetikus ;)

Bila fikir-fikir balik. Bukan salah 'benda' ni. Tapi tuan dia yang cari salah dia ;). Serupa juga dengan kehidupan kita yang sentiasa perlu belajar dan serasikan diri dengan apa yang kita tempuhi dari masa ke semasa. Macam baru-baru ada Iman dulu. Kena belajar serasikan diri dan memahami dia. Ambil masa juga untuk serasikan diri bangun malam berkali-kali. Sebab dia kuat menyusu. 1 jam sekali bangun. Nak bagi banyak takut dia muak sebab terlebih muatan. Sampaikan lembik juga ummi dia. Lepas dua minggu barulah serasi dengan keadaan macam tu. Nasib baik ayah Iman pun rajin membantu buat susu.

Itu kisah anak, belum masuk bab baru bergelar isteri. Nak serasikan diri berkeluarga. Berdua mungkin takde masalah sangat tapi dengan mertua rasa kekok juga. Lebih-lebih lagi bahasa berbeza. Nasib baiklah mak mertua saya peramah dan baik. Jadi tiada masalah.

Benda barulah yang buat kita sentiasa belajar untuk memahami dan serasikan diri. Bak kata segala yang baru kena belajar. Jadi blogger pun kena belajar dan serasikan diri juga ;) betul tak?

UI: lepas isyak tadi mengantuk sangat.. Tidur sama-sama Iman yang dah tidur awal lagi. Dia terjaga ummi dia pun bangun. Apa lagi susahlah nak suruh tidur balik. Kalau petang tak tidur, lepas maghrib mesti dia tidur. Lepas tu bangun balik. Tadi keluar bawa adik yang nak sunatkan anak dia. Ada orang lain selain ummi dan ayah dia dalam kereta memang dia tahan mata walaupun mengantuk. Kena padam semua lampu. Baru dia tidur. Selamat malam... Eh dah pagi pun ;)

.

8 ulasan:

  1. As salam Ummi Iman,

    Lewat tido mlm ni... Bkn mudah nak sesuaikan dgn benda baru, sb tu kita ssh nak adapt perkara baru yg diperkenalkan walaupun sbnrnya byk kebaikan... :)

    Good Nite! Sweet dream, sleep tight! :)

    BalasPadam
  2. Takpe.. lama-lama serasilah tu.. Insya Allah

    BalasPadam
  3. a'aa kalu kita xbelajar cr keserasian tu.. sampai bila pun x serasi kan.. :-)

    BalasPadam
  4. sesuatu yang baru memang mencabar diri... apepun cabaran itu best... jadi keserasian dlm sesuatu hal boleh dipupuk yg penting ade usaha kearah itu...

    BalasPadam
  5. a'ah nak dapat sesuatu ilmu kenalah belajar dahulu..

    BalasPadam
  6. alah bisa tegal biasa ;)

    BalasPadam
  7. selalunya benda baru memang kita ambil masa utk sesuaikan diri.begitulah kehidupan yg normal..klu terus serasi je mmg sgt bertuahlah..:)

    BalasPadam
  8. mmende2 yg baru dgn kita mmg gitu la..lama2 baru ok kan..mcm dashboard baru tu mgkin mula2 tak boleh nk serasi tp kalau kita selalu guna ok la nanti kan..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...