بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 26 April 2012

Semanis kurma: Bila cerita direka-reka

Dah lama sebenarnya tak tengok program ni. Macam saya cerita sebelum ni saya jarang tengok tv. Iman tak bagi ;) kena layan dia je. Tadi pun tengok sambil layan dia, tak boleh nak fokus sangat.

Perkara macam ni kalau berlaku pada kita memang kita akan rasa nak explain pada orang perkara sebenar. Tapi rasanya tak guna juga. Tengok pada orang juga, sama ada boleh di bawa berbincang atau tak. Kalau rasa tak boleh di bawa berbincang lebih baik diamkan diri. Orang akan reka cerita dan cakap macam-macam tapi biarlah hanya Allah yang maha mengetahui. Tak buat salah buat apa nak takut. Orang yang buat salah je nak defend diri mereka.

Dalam kehidupan ni perkara yang paling tak seronok bila orang mudah percaya pada kata-kata orang lain. Berdosa kalau kita percaya cerita orang tanpa kita tahu kebenarannya. Perkara begini boleh jatuh kepada fitnah.

Bila orang suka mereka-reka cerita dan sampaikan pada orang yang percaya boleh menyebabkan salah faham. Jika kita orang yang baik kita tidak akan menyampaikan perkara yang boleh menyebabkan orang salah faham.

Lebih baik perkara yang kita tidak puashati kita simpan dalam hati. Selebihnya serahkan sahajalah pada Allah. Kerana dia lebih mengetahui.

Peace no war :)

7 ulasan:

  1. Sy pun dh lama xtgk cite smanis kurma ni.. sk gak tgk..

    BalasPadam
  2. As salam Ummi Iman,

    Ada jugak saya tgk program tu tp xleh nak focus jgk sb my Iman asyik nak tgk cite die je... Skrg ni klau nak tgk, tgk kat youtube atau online tv.. Waktu pulak xsama tu yg jd keberatan ckit tu....

    Tp wajib hukumnya kite mempertahankan diri sendri sekiranya menjadi mangsa fitnah...lg2 klau membabitkan soal maruah, harga diri serta agama... pernah dgr Dato' Fadhillah Kamsah dulu... Tp klau setakat perkara yg kecil2 buat pekak telinga shjlah, biar Allah yg mengadilinya..betul tak ummi Iman? :))

    BalasPadam
  3. saya pun dh lama tak dapat tgk semanis kurma...selalu lupe..kdg2 maira yg duk konker tv kalau dia tak tido lagi..

    BalasPadam
  4. @Marya.. Betul juga. Kalau lebih2 sangat kena juga betulkan keadaan. Kesian kat orang lain yang dapat dosa sama bila dengar fitnah ni. Ya lah mesti diorang cakap2 mcm2kan? Sebab tu lebih baik jauhkan diri dari dengar cerita yang tak baik ni.

    BalasPadam
  5. sy ada juga tonton semanis kurma tajuk ni.jemputannya si ayu raudah dengan suaminya tu kan.hehe

    BalasPadam
  6. saya layan kalau tak salah artis undangan terakhir ayu raudah dan suami....

    BalasPadam
  7. is tengok juga malam tu..hmmm.. kadang2 dalam berumahtangga ni, mang banyak kesabaran yang perlu diraihkan?

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...