بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 10 April 2012

Probiotik untuk Iman

Minggu lepas masa Iman dijangkiti selsema, saya nak belilah probiotik di klinik yang pernah saya ceritakan sebelum ni. Klinik Keluarga Tan dan Kanak-Kanak. Masa nak beli tu ternampak farmasi sebaris dengan klinik tu. Masuk dan tengok kalau-kalau ada jual probiotik di situ. Alhamdulillah ada. 2 botol (30x2=60 biji kapsul) plus ada free gift 1 botol kecil yang dilekatkan pada kotak tersebut. Kalau tak silap dalam botol kecil tu ada 6 biji kapsul. Harganya RM160 tapi member price cuma perlu bayar RM105 sahaja. Kira murahlah jika dibanding dengan harga RM3.50 sebiji yang dijual oleh klinik tersebut.

ini kad member farmasi tersebut. free sahaja. cuma perlu isi borang. RM1 dapat satu point.

dan inilah probiotiknya. Dikatakan brand ni bagus kerana mengandungi 8 kali lebih strain probiotik dan 12 kali lebih bilangan sel hidup dalam setiap gram. Tak perlu simpan dalam peti ais. Kalau yang beli di klinik tu kena simpan dalam peti ais.

Kenapa saya bagi Iman probiotik? Dulu dia pernah diserang muntah-muntah dan cirit birit yang teruk. Klik sini dan sini untuk baca. Hanya selepas pergi di klinik yang saya ceritakan di atas barulah Iman jarang muntah dan cirit birit.  Biasalah budak-budak tangan kotor-kotor masuk mulut. Di klinik inilah baru saya tahu tentang probiotik ni. Cuma campurkan dalam susu yang suam sahaja. Tak perlu ambil selalu. Saya bagi Iman bila dia kurang sihat. Sejak beli hari tu hari-hari saya bagi. Selsema dia dah baik. Lepas ni mungkin 2 atau 3 hari sekali.

Apakah itu Probiotik?
  • Probiotik adalah spesies bakteria yang bermanfaat dan tidak mudarat kepada kesihatan tubuh badan manusia. Mereka juga digelar sebagai "Flora Usus"
  • Probiotik berkoloni di dalam usus kecil dan berperanan penting dalam pencegahan pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Oleh yang demikian, mereka berupaya mengembalikan keseimbangan flora usus yang lebih sihat.
  • Probiotik berkesan untuk menghalang pertumbuhan bakteria berpatogen dengan cara-cara berikut:
  1. Menghasilkan bahan beracun yang spesifik terhadap bakteria berpatogen.
  2. Bersaing dengan bakteria berpatogen untuk memperolehi zat-zat makanan dalam usus.
  3. Merangsangkan sistem pertahanan tubuh badan.
Apakah itu Prebiotik?
  • Prebiotik ialah sejenis serat pemakanan (ramuan makanan sihat yang tidak dapat dihadam).
  • Apabila ramuan tidak dapat dihadam ini diambil, ia boleh sampai ke bahagian usus dengan selamat bagi membantu pertumbuhan probiotik, sama sekali tidak terpengaruh oleh proses penghadaman. Dengan itu dapat mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.
  • Prebiotik bersifat tahan panas.
GI Flora berfungsi untuk:
  • Melindungi kesihatan kita daripada menghadapi kanser kolon.
  • Menguatkan sistem pertahanan tubuh badan
  • Menentang pertumbuhan ragi yang berlebihan dan jangkitan kuat
  • Mencegah sembelit, cirit-birit, flatulens dan kencing perut
  • Mengatasi masalah kulit
  • Membantu menurunkan paras kolesterol
  • Mempertingkatkan penyerapan khasiat zat makanan
  • Membekalkan tenaga dan kecerdasan
Penggunaannya:
Setiap hari 2 kapsul bersama air atau susu sebelum sarapan pagi. Budak-budak cuma 1 kapsul sahaja.
Selepas 2 minggu, kurangkan kepada 1 kapsul setiap hari atau merujuk kepada nasihat doktor.

Segala info di atas saya ambil dari nota yang terdapat dalam kotak GI Flora tersebut. Bukan hanya budak-budak tetapi orang dewasa juga boleh mengambilnya.


7 ulasan:

  1. Bagus untuk selsema yer... si dina tu selalu jugak bersih pg2.. amik ubat kat klinik ok kejap pastu jadi balik, skang ni kurenglah sket, kalau jadi balik nanti kena iktiar cara lain plak.

    BalasPadam
  2. sebijik 3.50 ek.. mahai jugak dkt klinik yer..

    BalasPadam
  3. bagus gak probiotik nie.klu sesuai dengan iman tak kisah la mahal sikit kan..

    BalasPadam
  4. @Zie saya tak pasti. tapi tiap kali tak sihat itulah yang saya bagi. sebagai vitamin tambahan untuk melawan penyakit.

    BalasPadam
  5. @IntaNBerliaN biasalah klinik Dr pakar. Mahallah sikit. Klinik biasa takde kat sini je yg ada.

    BalasPadam

  6. Artikel dan produk yang menarik. Insya Allah. Antara kebaikan probiotik ialah ia dapat melegakan masalah sembelit kerana probiotik dapat menstabilkan koloni-koloni bakteria sihat yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...