بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 14 April 2012

Peminta Derma

resit Pusat Tahfiz Amal yang saya terima

Hari Rabu baru ni sewaktu dalam perjalanan balik ambil mak dan adik di LCCT, singgah makan di R&R Dengkil. Mulanya ayah Iman nak bungkus satay Hj Samuri sahaja. Tapi disebabkan mak dah lapar, saya temanlah mereka makan. Ketika hampir habis makan datang seorang budak perempuan minta derma. Sebenarnya saya tak suka orang minta derma dikhalayak ramai. Bagi saya cara begini agak tidak elok. Banyak lagi cara lain yang boleh mereka lakukan. Sebab dengan cara begini mudah sangat orang nak menipu. Muka budak perempuan yang tulus itu buat hati saya jadi sayu pula. Saya sempat jeling resit dan bila terpandang Pusat Tahfiz Amal, dalam hati mungkin pusat tahfiz ni dibina tanpa bantuan mana-mana pihak dan memerlukan bantuan untuk pelajarnya. Walhal dalam hati masih penuh tanda tanya kenapa sanggup datang dari jauh minta derma. Setelah saya berikan dia duit dia tanya nak resit tak? saya cakap nak (supaya senang saya nak google nanti mencari kepastian). Budak perempuan tu cakap "terima kasih kak, semoga Allah memberkati akak.." dan apa lagi saya tak ingat. Saya cuma menganggukkan kepala sahaja.

Baru hari ni saya sempat google dan entri ni tidak bertujuan apa-apa tapi sekadar meluahkan rasa yang cukup terkilan dengan mereka-mereka yang menggunakan agama untuk meminta-minta. Memanglah orang yang memberi tu ikhlas tapi lebih baik gunakan cara yang betul. Meninggalkan mereka di hentian R&R, depan bank, pasaraya, stesen minyak menunjukkan nampak sangat mereka disuruh meminta-minta. Sedangkan dalam islam sendiri, Allah tidak suka pada orang yang meminta-minta.

Dari Qabishah bin Mukhariq Al Hilali r.a., katanya; "Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling sengketa). Lalu aku datang kepada Rasulullah saw., meminta bantuan kepada beliau untuk membayarnya. Jawab beliau, "Tunggulah sampai orang datang mengantarkan zakat, nanti ku suruh serahkan kepada mu." Kemudian beliau melanjutkan sabdanya, "Hai, Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal). Kecuali untuk tiga golongan: (1) Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta, sehingga hutangnya lunas. Apabila hutangnya telah lunas, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta. (2) Orang yang kena bencana, sehingga harta-bendanya musnah. Orang itu boleh meminta-minta sampai dia memperoleh sumber kehidupan yang layak baginya. (3) Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta, sampai dia memperoleh sumber penghidupan yang layak Selain tiga golongan itu, haram baginya meminta-minta, dan haram pula baginya memakan hasil meminta-minta itu."

Saya percaya orang yang susah akan ada rezeki mereka sendiri walau mereka tidak meminta-minta. Orang yang melihat akan suka menolong mereka ini kerana terserlah kesungguhan mereka mencari rezeki tanpa meminta-minta. Secara langsung perasaan simpati kita sebagai manusia dengan rela hati sedia membantu. Sedangkan mereka yang suka meminta-minta akan sentiasa dijauhi oleh orang lain, kerana sikap mereka yang suka meminta-minta membuatkan orang lain rasa kurang senang dan seolah terpaksa untuk memberi. Biarlah kita memberi dengan keikhlasan diri sendiri bukan sebab mereka meminta dari kita. Sebab tu dalam islam disuruh kita mengeluarkan zakat agar dengan zakat tersebut dapat membantu mereka yang memerlukan.
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), Maka Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Surah Al-Baqarah: 273
Melalui pencarian saya di google nampaknya perkara ni sudah lama berlaku dan hingga kini ia masih diteruskan walaupun ada yang suruh kerajaan melakukan sesuatu. Jika benar Pusat Tahfiz Amal ini memerlukan bantuan saya pasti kerajaan negeri Kedah sendiri akan sedia membantu mereka. Tak pasti kutipan derma yang mereka lakukan untuk apa jika saban hari dan tahun mereka meminta-minta. Jika ada suatu matlamat tertentu sudah pasti diberitahu secara umum.

Semoga perkara ini diambil tindakan selanjutnya. Jika perkara ini salah, sila keluarkan satu kenyataan resmi mengenainya bagi semua negeri. Saya harap sangat agar kerajaan menghentikan segala aktiviti meminta derma di kawasan terbuka. Bagi mengelakkan sebarang penipuan. Kerana kita tidak tahu sama ada perkara ini betul atau tidak. Jika mereka memerlukan bantuan biarlah menggunakan saluran yang betul.

Boleh baca pautan Pusat Tahfiz Amal ini melalui link di bawah:
Semoga wang zakat yang dikeluarkan digunakan sebaik-baiknya dan diberi kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Wang zakat setiap negeri mempunyai jumlah yang cukup tinggi dan saya pasti ianya mampu menampung kesusahan bagi mereka yang memerlukan. Klik sini untuk mengetahui jumlah kutipan zakat

Wallahuaklam

5 ulasan:

  1. Awak menang...klik link nie...tahniah http://bibie-says.blogspot.com/2012/04/winners-are.html...:)cpt2 bg detail..

    BalasPadam
  2. huhu..sedihkan bila ad yg mengambil kesempatan atas kebaikan org lain

    BalasPadam
  3. kadang2 bila kita tak sedekah rasa macam kedekut.. tp bila kita bg takut org ambil kesempatan dengan menipu...hmmmmm

    BalasPadam
  4. kita nak sedekah tp bila pikir bab2 penipuan ni la yg pikir byk kali nk sedekah..

    BalasPadam
  5. Dah Ramai yang cari duit dengan cara yang salah...
    yang busuk nya org yg benar2 memerlukan bantuan...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...