بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 7 April 2012

Nama anak Ben Ashaari ada Iman :)

IMAG2342-1

Tunggu juga nama anak Ben Ashaari ni... mesti ramai yang dah tahu kan? namanya... MUHAMMAD QHALIFF IMAN BIN SALBANI .. comel budaknya. Dan dengan resminya juga baru tau nama ayah dia ;) Salbani bin Ashaari. Sedap nama anak dia.. yang pasti ada Iman di situ.. sejak akhir-akhir ni ramai yang letak nama anak Iman. Mesti semua ibubapa harap sangat anak mereka jadi orang yang beriman. Apa pun didikan mereka yang penting. Kalau nama bagus tapi didikan tak bagus tak menjadi juga.. betul tak?

Di doakan semoga anak Ben Ashaari ni menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibubapa.

Nama Iman saya yang sebenar tiada Iman.. tapi saya yang panggil nama tu sejak dapat dia.. pelik ya? kena baca cerita tentang Iman. Tapi kalau nak cari nama sebenar Iman memang tiada dalam mana-mana entri sebelum ni. Sebenarnya nak tambah Iman pada hujung nama asal dia tapi tak sempat nak buat. Akan diusahakan juga untuk letak nanti walaupun tempoh ubah nama dah berlalu. Insyaallah..

Tentang panggilan Iman tu saya tak pernah cari atau terfikir pun. Tapi setelah dapat dia.. secara spontan nama tu yang keluar. Saya rasa ada juga macam tu.. nama dalam surat beranak lain tapi panggilannya lain. Macam Salbani panggil Ben.. sajalah nak usik dia ;)



8 ulasan:

  1. nama maira,humaira iman...masa tu saya ingat nak letak nurul iman..tp macam berkenan plk dgn nama humaira..

    BalasPadam
  2. blog rose ni ada malware detect tau..rose kena buang blog freyco.com dlm bloglist..dia ada tulis ni..

    BalasPadam
  3. nama ben unik jugak..cue anak dia kan :)

    BalasPadam
  4. @fieda anak fieda pun ada iman juga ya.. kalau letak nurul iman, sama dgn nama tempat saya dapat iman

    BalasPadam
  5. @fieda ya ke? saya tak tahu pun sebab bila saya buka takde pula malware detect. takpelah nanti saya buang. terima kasih beritahu

    BalasPadam
  6. sama la mcm masa dptkan Azfar. bila baca sana sini ada je nama anaknya IZZ. memang tahun IZZ la. hahaha...

    BalasPadam
  7. eh.. sy pun br tahu nm abg ben tu..hihii..

    BalasPadam
  8. oh ye sy tak tahu yg nama iman bukan iman..:)

    aiman pada mulanya sy nak letak iman juga didepan sbb igtkan dpt girl.mula2 iman mukhlis tp FIL plak nak aiman..klu tak samalah nama anak kite..:)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...