بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 2 April 2012

Masakan Cina Muslim dan Produk Halal Pilihan Mukmin

Minggu lepas makan malam di Restoran Masakan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah yang terletak di Meru bersama mak, kakak mak dan adik saya. Selalu juga makan di sini. Makanannya sedap-sedap. Tapi kedai ni kuat garam sikit. Tak semua masakanlah. Itik Panggangnya masin sikit. Memang resepinya begitu agaknya. Walaupun kita dah kata kurang masin. Sedap tau itik panggang ni... banyak juga menu yang kami cuba di sini, semuanya sedap-sedap. Antaranya, Itik panggang (favourite dish), shark fin soup, tom yam (campur susu dan rasa manis sedikit tapi masih sedap), dim sum (kesukaan ayah Iman.. memang sedap), wantan/mee wantan dan ada lagi.. tapi menu biasa macam kedai lain. Belum pernah cuba menu ikan dan ketam. Mungkin lainkali. 


Nak tahu di mana lagi lokasi mereka KLIK SINI atau boleh pergi ke laman resmi web mereka iaitu http://www.mohdchan.com.my. Di sini kalian boleh tahu lebih lanjut mengenai kedai mereka dan senarai menu yang terdapat di sini.

inilah dia itik panggang yang diceritakan dalam entri ini.. baru masukkan

Berdekatan dengan kedai makan Mohd Chan Abdullah di terdapat kedai yang menjual Produk Halal. Kami beli ayam kampung di sini. Harga satu ekor ayam siap potong dalam RM20 lebih RM15. Ayam kampung yang betul-betul kampung tau. Bukan ayam kampung yang biasa dijual di pasaraya tu. Ayamnya lebih besar. Diplastik ayam kampung tu tertulis website http://www.azzain.com tapi setelah di cari melalui carian google website sebenarnya ialah http://ayamkampungorganik.blogspot.com. Nak tahu di mana lagi lokasi kedai mereka bolehlah singgah di website yang tertera di atas tu.

Blogger Theme
AYAM KAMPUNG ORGANIK INI MEMPUNYAI NUTRISI YANG TINGGI DAN DAPAT MEMBINA SISTEM IMUNITI BADAN YANG BAIK. IA DITERNAK 100 PERATUS SECARA ORGANIK DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN TEKNIK ORGANISM PENGUBAHSUAIAN GENETIK (GMO). KAMI TIDAK MENGGUNAKAN ANTIBIOTIK, SUNTIKAN HORMON, BETA AGONIST ATAU SALBUTAMOL PERJUANGAN DALAM MAKANAN HALAL SUDAH MENJADI FARDHU AIN KERANA HAMPIR 80% MAKANAN HARIAN UMAT ISLAM ADALAH DARI SUMBER YANG DIRAGUI STATUS HALALAN TOYIBBAN DR. MOHAMAD ZAINOL AHMAD HAJA

Ayam sekarang bukan macam dahulu. Oleh kerana permintaan yang banyak penternak / peniaga mencari jalan singkat untuk meningkatkan produktiviti ayam mereka. Macam-macam kaedah yang digunakan. Yang biasa kita dengar adalah menggunakan suntikan. Saya alah dengan ayam-ayam ini. Kalau makan mesti mata, telinga gatal-gatal dan mulalah selsema. Bukan sahaja saya tapi ramai juga yang alah dengan ayam-ayam yang biasa dijual di pasar atau pasaraya. Nak tahu lanjut kenapa sila KLIK SINI.


inilah rupa ayam kampung yang dibeli tu... goreng je.. tengok betapa besarnya peha... penuh pinggan. Kalau tengok dagingnya, berbeza dengan ayam daging yang biasa dijual di luar sana. Warna dagingnya kemerah-merahan manakala ayam daging tadi berwarna putih.

Sambung cerita tentang kedai masakan cina muslim. Kami selalu juga makan di kedai masakan cina muslim Lamani Lim yang terletak di bangunan Giant, Pelabuhan Klang. Di sini menunya lebih ringkas. Menu yang ada cuma tom yam, isi ikan / daging / ayam mengikut jenis masakan dan sup sayur. Menu lain sizzling mee, nasi goreng, mee dan bihun mengikut jenis masakan. Tapi kedainya tetap ramai pelanggan. Bersebelahan kedainya juga kedai cina muslim yang bernama Rahmat Tan. Kat sini banyak sikit menu masakannya. Dah jarang makan kat sini sebab tukang masaknya 'ranggi' sikit.

google search

Maaflah gambar masakan di kedai-kedai tersebut tiada dalam entri ni... ambil menggunakan handphone je.. tak sempat nak upload lagi. 



10 ulasan:

  1. Selalu lalu kedai cina muslim di meru tu, tp tak pernah singgah. Last haritu ibu Yusuf makan kat habour place di pandamaran.. :D

    BalasPadam
  2. wah bace pun dah rase sedap dah..untung orang kl..bnyk event best2...

    ayam azzain tu kenape murah sangat2 ummi?kat tempat kami cecah rm18-29..tu ayam daging organik..ayam kampung mahal sket lagi

    BalasPadam
  3. Tak pernah mencuba lagi makan kat restoran masakan cina....

    BalasPadam
  4. wah.. besar betoi peha ayam kmpung ni ek.. tp aym kmpung mmg best kn.. :-)

    BalasPadam
  5. saya dh terliur ni tgk peha ayam tu..saya tak pernah merasa lagi mkn kat kadai cina muslim..kat umah ni ada satu restoran..

    BalasPadam
  6. akak pernah pergi satu tempat kedai nasi ayam cina halal..alamak dah lupa pula apa nama kedainya..

    BalasPadam
  7. @Ummu Muhammad maaf salah info tentang harga. Tanya balik ayah Iman dia kata RM20 lebih. Dah betulkan dalam entri.

    BalasPadam
  8. adoi mmg sedap..sy pun suka masakan cina..:)

    BalasPadam
  9. Entri yang menarik...bila nak singgah ke Restoran Adam Lai?

    BalasPadam
  10. @Adam Lai: terima kasih singgah baca entri ni. In sha Allah akan singgah ke kedai en Adam pula. Saya dah tgk blog. Nampak menarik.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...