بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 18 April 2012

Makanan tambahan untuk Iman


Setelah membaca komen dari Ummu Muhammad dalam entri sebelum ni maka saya pun mencari apa yang dicadangkan olehnya tengahari semalam di Giant. Tak terfikir untuk berikan dia makanan tambahan. Kelam kabut je cari doktor ;). Apa salahnya mencuba sebagai tambahan harap ianya membantu disamping ubat dari klinik.

Baru tiga kali bagi Iman minum. Kesian dia agaknya berjangkit dengan saya yang batuk sebelum ni, sebab share makan. Sekarang saya masih batuk lagi tapi jarang ada masa-masanya sahaja. Tidaklah seteruk Iman. Kesian dia. Alhamdulillah masa tidur dia tak batuk. Batuk kami ni disebabkan oleh kerongkong yang gatal bukan tekak dan ada masa lendir akan berkumpul di kerongkong itu yang menyebabkan batuk.


Khasiat dan kelebihan madu lebah dan habbatus sauda'

Surah An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “ Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..?” Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; “ As Sam itu adalah mati..”


Harap madu dan habbatus sauda' ini membantu kami. InsyaAllah. Doakan saya dan Iman cepat sembuh ya.. terima kasih.

5 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...