بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 16 April 2012

Makan kenduri di Melaka dan Negeri Sembilan

Sabtu dan Ahad baru ni penuh dengan aktiviti makan-makan dan berkumpul bersama saudara. Hari Sabtu di Putrajaya bersama keluarga ayah Iman (entrinya akan menyusul) dan Ahad sebelah saya pula. Mulanya memenuhi undangan ke majlis kenduri kesyukuran di Melaka dahulu sempena sepupu saya yang bernama Najwa kerana memperolehi 9A dalam keputusan SPM baru-baru ni. Tahniah kepada beliau. Dapatlah berjumpa dengan pakcik-pakcik dan makcik sebelah arwah ayah saya. Bukan senang nak jumpa ramai-ramai macam ni.

Najwa sebelah kanan.. kiri adik saya Zuraidah (Acik)

Iman jumpa bola.. apalagi..

Tak boleh duduk lama-lama kerana ada satu lagi destinasi nak di tuju iaitu ke Felda Sungai Kelamah di Negeri Sembilan. Tak pasti sama ada daerah Gemas atau Tampin. Yang ni pula majlis perkahwinan sepupu mak saya yang pernah saya ceritakan dalam entri ini. Masa kami sampai khemah dan kosong. Cepat betul habis masa tu baru pukul 2 lebih. Tapi sempatlah jumpa pengantin yang menghantar saudaranya balik. Malangnya tak sempat nak ambil gambar mereka. Masa kami makan mereka dah masuk rumah salin pakaian.

kad undangan pengantin je yang dapat di ambil ;)

Nasib baiklah dah kosong. Maka Iman berpeluang main bola bawah khemah ;)
Baju bertukar sebab dah berpeluh-peluh dan kotor main bola di Melaka.

Dalam perjalanan balik ikut jalan lama ternampak signboard Wet World Pedas, ingat nak rendam kaki dalam kolam air panas. Tapi malangnya pukul 7 malam baru buka. Tak bolehlah nak tunggu masa ni baru pukul 6 petang. Maka teruskanlah perjalanan balik.


Sebelum hantar mak balik singgah makan malam dulu di Giant Meru, Klang. Masa ni kepala saya dah pening. Malas nak turun mulanya lagipun Iman tidur, tapi turun jugalah.. ayah Iman dah ajak. Masa ni dah pukul 9 malam. Lewat sebab kami berhenti solat dan jalan jem pula masa nak sampai ke Seremban. Kami ikut jalan dalam.

Customer yang terakhir ;) dari kiri acik, mak long dan mak saya. Sedap juga ayam penyetnya.. yang ni ayamnya digoreng bersama tepung yang ranggup di luar. Cuma sambalnya pedas sedikit.

Sampai rumah.. kepala dah makin berat.. tak tunggu lama terus tidur. Hari ni nak bawa Iman pergi klinik.. dah 2 hari batuk-batuk, macam tekak gatal je. Ubat klinik sebelum ni tak berkesan. Kenalah pergi jumpa doktor pakar kanak-kanak. Mana lagi Klinik Keluarga & Kanak-Kanak Tan. Harapnya berkesan dan sembuh batuknya..

.

6 ulasan:

  1. ikut jalan lama tu selalu sangkut .. mesti lalu persimpangan Senawang kan ?

    BalasPadam
  2. emmm makan kenduri leh jalan2 sama kan...

    BalasPadam
  3. dapat 9 a..?? tahniah...dah lama say tak gi makan nasi minyak org kawin..

    alhamdulillah dah sampai fm tu..sebagai tanda kenal kita di alam maya...

    BalasPadam
  4. ummi iman try bancuh madu dan air zam2..insyaAllah kurang sgt batuk tuh..pahtu bagi die makan madu selang 30minit..hujung2 sudu je..

    BalasPadam
  5. @al-lavendari betul. pandai pak ngah. tak tau jalan tu selalu sangkut. lama jugalah. sampai ada 2 kereta rosak

    BalasPadam
  6. @Ummu Muhammad t.kasih. nanti saya cuba.. madu ada tapi air zam2 saya dah minum habiskan ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...