بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 9 April 2012

LCCT dan Putrajaya

Hari Sabtu baru ni hantar mak dan adik ke LCCT untuk terbang ke Kuching, Sarawak. Hari Selasa ni adik saya tu ada konvo menandakan yang dia telah selamat menghabiskan sijilnya di Politeknik Kuching, Sarawak. Mula-mula nak join sekali tetapi keadaan tidak mengizinkan. Sepanjang perjalanan banyak pula kapal terbang  berlepas... apalagi seronoklah Iman dapat tengok kapal terbang.. selalu nampak kecil je.. bila nampak yang besar.. tunduk kepala.. takut ;).

sempat ambil gambar mak dan adik.. guna kamera handphone je.. masa ni Iman tengah tidur atas pangku. Dah mengantuk sangat terus terlena masa tengah dukung. Buat pertama kalinya tangan lenguh pegang dia.. lama sangat agaknya.

Balik dari LCCT pergi Putrajaya pula rumah Ani sepupu ayah Iman. Hari Jumaat hari tu MIL datang sini bersama adiknya. Jadi kenalah jumpa mereka di sini. Sempat bawa Iman turun main bola sekejap. Lepas tu kami pergi rumah sepupu ayah Iman yang lagi sorang yang bernama Imah pula di Putrajaya juga.. diorang ni kerja di Putrajaya.

Semalam MIL dan adiknya mak kepada Imah datang Klang pula. Pergi rumah anak lelakinya di Kampung Jawa, Klang. Kami pun pergi sana. Dari sana mereka singgah rumah kami pula. Kemudian balik Putrajaya kembali. Masing-masing ajak tidur Klang tak mau.. nak tidur Putrajaya juga.. tak kisahlah.. janji mereka gembira. Kalau anak mereka kerja, boleh sembang sesama dia. Memang di Kelantan pun macam tu.. rapat 3 beradik. Kebetulan ketiga-tiga mereka 'single'.

4 ulasan:

  1. budak-budak memang excited tgk kapal terbang..bila kat atas memang kecil jer..bila kat bawah tak sangka besarnya..

    BalasPadam
  2. dulu sy ms kecik2 pun, bkn main xcited tgk kapl terbang..hihii

    BalasPadam
  3. saya masa umor dlm 14 tahun kot..baru sekali tu la sampai lcct..

    BalasPadam
  4. tgok dekat mmg besar.bunyinya lg takut.hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...