بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 3 April 2012

Kerisauan yang melampau semalam

Semalam petang dalam pukul 4 saya keluar pergi kedai tayar untuk tampal tayar yang tercucuk screw. Lepas tu pergi jual barang-barang plastik hasil kemas bawah sinki dan kabinet dapur yang berdekatan dengannya. Nampaknya anai-anai dan wujud di antara papan pemisah bawah sinki tu. Erm.. kawasan sini memang kawasan anai-anai. Memang selalu kena pantau. Dalam entri sebelum ni ada cerita pasal anai-anai ni. Sepatutnya diorang datang sebulan sekali. Tapi diorang ni tak datang pun. Agaknya kena call baru nak datang. Susah juga orang yang banyak job ni.

Balik pada tajuk asal entri. Lepas je jual barang-barang plastik yang bernilai RM5.70 tu, terus je ke rumah mak. Mak masak sedap semalam ;) biasalah ayat mak "mehlah datang makan". Alkisahnya semasa di rumah mak Iman berlari pegang langsir dan duumm kepala dia terhantuk di frame pintu kayu rumah mak saya tu. Saya pun ambil dia gosok-gosok kepala. Masa tu dia muntah sikit masa nangis. Dalam hati risaunya. Setahu saya kalau berlaku apa-apa dan muntah petanda tak baik. Lepas pujuk dia diam, lepas tu aktif balik main. Tak lama lepas tu perasan pipi dia merah. Saya ambil minyak sapu. Check juga di kepala dia. Tiada yang bengkak atau lebam, cuma nampak merah sikit tepi dahi. Tapi hati ni hanya Allah je yang tahu. Berdoa dengan Allah supaya tiada yang buruk berlaku pada dia. Dalam kereta nak sampai rumah dia tertidur lepas minum susu. Masa dia tidur ambil minyak sapu lagi. Masa tu saya online cari maklumat tentang apa yang berlaku pada dia. Habis semua saya baca. Hati masih tak sedap lagi...

Ini adalah laman web yang mula-mula saya baca drzubaidi.com kemudian ke web ini pula drmuna.wordpress.com. Bagus juga ada doktor yang buat blog. Boleh cari info dan sedikit sebanyak membantu kita mengurangkan kekusutan yang ada. Terima kasih kepada kedua doktor tersebut.

Nak share sikit apa yang saya dapat dari Dr Muna @ ummusaif

Jika anak kita terjatuh atau terhantuk kita kena lebih prihatin dan fokus dengan sebarang perubahan fizikal anak.

Simptom-simptom boleh dibahagikan kepada local atau general.

Local symptoms:
lebam, benjol atau luka pada bahagian yang terkena kemalangan

General symptoms:
Lebih mengantuk daripada biasa
Tidak aktif
Muntah-muntah, tidak mahu minum susu
Hilang ingatan
Lemah tenaga
And worst are, sawan dan koma

Jika ada perlulah melakukan CT scan untuk pemeriksaan lanjut. Jika tidak kita kena pantau anak kita selama 24 jam. Jika tiada simptom-simptom di atas insyaallah tiada perkara yang serius berlaku pada anak kita. Bak kata Dr Muna
"macam ni lah, yang penting takde obvious injury, luka atau lebam atau benjol yg besar, boleh monitor kat rumah. tapi kalau ada benjol dan luka, kena bawak jumpa doktor. Tapi kalau mekanisma siknifikan contohnya tinggi lebih 2 kaki atau lebih 2 kali tinggi baby, maka bawa jumpa doktor. Persistent vomiting (muntah berterusan), tidak aktif dan mengantuk ialah tanda-tanda merbahaya dan perlu di CT scan."
Malam tadi Iman terjaga bila ayah dia balik. Cerita pada ayah dia. Ayah dia pun suspen juga. Tapi bila tengok Iman ok macam biasa hati ni lega sikit walaupun masih ada kerisauan di situ. Nak tidur pun susah malam tadi. Pukul 3 pagi baru saya terlelap. Alhamdulillah Iman tidur macam biasa. Cuma merengek nak susu je. Walaupun tiada bengkak dan lebam. Disebabkan dia muntah masa terlanggar tiang tu hati jadi tak sedap. Harap sangat tiada apa yang berlaku. Semoga Allah selamatkan Iman dari segala bahaya. Insyaallah. Selagi tak lepas tempoh 24 jam hati ni belum cukup lega lagi.

.

6 ulasan:

  1. INSYAALLAH...tak ada apa-apa..

    BalasPadam
  2. takde apa2 tu insyaAllah. anak2 sy pernah jatuh katil, lebam benjol besar tp tak muntah. mmg risau tp alhamdulillah, dia org msh dilindungi Allah.

    BalasPadam
  3. harap2 xda pe2.. kalu saya pun pasti xtenang mcm ui jugak..

    BalasPadam
  4. harap2 macam tulah.. t.kasih

    BalasPadam
  5. Insyaallah Iman akan baik2 saja.kadang2 kita sebagai parent jadi terlampau risau sebab terlalu sygkan anak.mmg bagus kita peka dengan setiap apa yg terjadi pada anak.ada org ambil mudah je!

    BalasPadam
  6. dulu kan adik ipar masa tu umo dia baru setahun..main pastu jatuh...dia takder ape2 la..tak muntah...cuma nangis meraung jer la..esok tu makmertua perasan belakang kepala dia mcm ada benjolan lembik..gi scan doktor tgk2 rupanya tengkorak dia retak sikit...uiss...bahaya betul la jatuh2 ni..kdg2 mende2 tak sangka blh jadi..mcm ni nasib baik la iman tak ape2..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...