بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 23 April 2012

iPad 3 hadiah dari ayah Iman

Semalam balik dari makan nasi kerabu MIL masak di Putrajaya, ayah Iman ajak singgah Sunway Piramid. Katanya nak pergi kedai Apple. Tapi saya suruh pergi Mid Valley je sebab tak sesak nak parking.

Mulanya ingat ayah Iman nak tengok-tengok je. Tapi terus beli. Boleh tahan ramai juga orang. Jadi kami pun kelam kabut sikit ditambah Iman yang tak suka orang ramai-ramai. Dah bayar... ambil iPad.. cari skrin protector pula.. bayar lagi sekali lepas tu suruh diorang lekatkan.. terus balik.

Bila ayah Iman try buka tak boleh. Terpaksa patah balik suruh diorang activate. Masa tu saya dan Iman tunggu dalam kereta je, lagipun Iman tidur. Sebelum ni nak hold dulu casing tapi ayah Iman belikan pula casingnya. Warna coklat ;) rasa tak lawa pula tapi tak kisahlah... accessories iPad ni semua mahal-mahal. Skrin protector sahaja paling murah RM75 dan casing paling murah RM129.

ni lah kedainya yang terletak di aras 2 mid valley.. tengok ramai orangkan? Gaya baru dukung Iman. Bila kena dukung macam ni dia pun suka.. luas pemandangan agaknya ;) tapi kalau dah lama sangat nak turun berlari juga :)

inilah iPad 3 yang dibeli.. masih belum install apa-apa software lagi. Cuma basic je.. sebab kena masukkan simcard broadband dulu. iPad ni boleh muat cip je.. jadi kena pergi Celcom dulu tukar simcard yang boleh guna untuk iPad dan broadband. Diorang kata kena bayar RM20.

Update: bila pergi celcom diorang akan bagi simcard untuk size iPad. Percuma je tak perlu bayar apa-apa pun. Cuma perlu isi borang untuk tukar simcard. Bila dah tukar payah lah pula. Nak masukkan dalam broadband dah tak boleh :(

senarai harga iPad 3. Sesiapa nak beli bolehlah pilih yang mana. Ayah Iman pilih Wi Fi + 4G 16GB.

Ni pula accessoriesnya.. sorrylah gambar tak clear. Ambil dalam gelap ;)

sambungan accessories... mahallah sangat semuanya ;)

Sebenarnya saya takdelah beriya-iya sangat nak iPad ni. Tapi dah orang nak bagi. Sebagai hadiah jaga Iman katanya. Mujurlah ada Iman. Kalau tak ummi dia tak dapat agaknya hadiah macam ni... hehe.. gurau je. Ni semua hasil duit bonus yang company ayah Iman bagi baru-baru ni... tahun ni rezeki murah sikit. Di tambah dengan extra bonus kerana dapat 1st grade dalam ranking perkhidmatan.. dan akan menyusul wang saguhati setelah berkhidmat 20 tahun di situ. oklah kan.. pergi pagi.. jauh malam baru sampai rumah. Masa ni lah rasa dihargai sedikit setelah berpenat lelah mencari rezeki. Saya pun terimalah tempiasnya.. setelah berkhidmat sebagai suri.. walaupun perkhidmatan tak cemerlang mana.. hihi

Terima kasih suamiku dan Allah atas rezeki ini... Esok ulangtahun perkahwinan kami yang ke-13 :)

11 ulasan:

  1. ummi iman yg ni pulak brp rm? update tau mcm mane bole bantu iman belaja..kite ni tak pandai sgt gajet..bce2 blog orng baru pandai sket2 heheh

    BalasPadam
  2. alahaiii syoknya dpt hadiah camgini.. haa tu la, org nak bg.. kita ambik lah kaan.. xkan nak tolak plak.. kang org kecik hati..hahahhah

    BalasPadam
  3. wah, seronoknya...suami menghargai jasa isteri

    BalasPadam
  4. emm sukanya dapat hadiah best... eh dah 13 tahun yer.. dah lama tu.... mudahan kekal keakhirnya...

    BalasPadam
  5. weee sukanya dapat hadiah best camni..

    happy anniversary..moga kekal bahagia selamanya

    BalasPadam
  6. @Ummu Muhammad fungsinya sama sahaja mcm komputer. utk dvd tu kalau nak senang guna pendrive utk save semua bahan yang kita nak bg anak tgk. sama ada dari cd atau dari youtube. besar sikit saiznya compare dgn nak beli dvd/cd byk2. mcm iPad ni rasanya boleh download direct dari internet dan save terus dlm memori.

    saya pun belum study lg fungsi ipad3 ni secara mendalam.

    BalasPadam
  7. IB, ME, zie & noen.. benda freekan mestilah seronok ;)

    thx noen atas ucapan tu :)

    BalasPadam
  8. bestnyer dapat hadiah berharga gini...alhamdulillah..bertambah lagi la rezeki ayah iman sekeluarga..

    BalasPadam
  9. alhamdulillah... rezeki utk ummi la tu.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah murah rezeki.org nak bagi hadiah,terima kasih saja.hehe..

    BalasPadam
  11. As salam Ummi Iman,

    Samalah style dukung Iman tu... kalau dukung mcm tu baru nak diam... Mmg nama Iman ni sama perangai agaknya... Alhamdullillah, itulah untungnya bila kita berkahwin, rezeki dariNYA bertambah-tambah... Nak jgk Ipad! Tp mcm xde keperluan pulak kat sini... yelah duk rumah je...hehehe ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...