بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 17 April 2012

Iman batuk


Petang tadi bawa Iman klinik yang saya ceritakan dalam entri sebelum ni. Pergi pukul 4 lebih, tengok klinik tutup. 6.30 petang baru buka. Waktu operasi 9 pagi -12.30 tengahari lepas tu buka balik 6.30 petang - 10 malam. Lama betul waktu rehat :( Malas nak balik singgah rumah adik dulu. Sementara nak tunggu klinik buka pergi car wash. Baru ni masa ayah Iman bawa cuci diorang tak cuci bawah enjin. Terpaksa bawa cuci lagi sekali sebab bila jalan bau hangit. Cina workshop kata ekzos kena minyak enjin tu yang bau. (sebelum ni buat top overhaul) Jadi untuk kepastian kenalah cuci. Kemudian terus pergi klinik. Sampai hampir 6.30 petang tapi dah ada 2 orang yang menunggu, saya orang yang ketiga. Tapi pukul 7.30 baru doktor ada. Geramlah juga.. Iman sekarang takut jumpa doktor, tak tahulah kenapa. Nak timbang berat pun menangis. Terpaksalah timbang dengan ummi dia sekali ;)

Bila jumpa doktor lagi sekali menangis. Siap muntah lagi... doktor bagi cadangan nak ambil gas untuk kurangkan kahak atau tunggu makan ubat dulu. Saya kata tunggu makan ubat dululah. Belum sempat sampai rumah dalam kereta lagi dah bagi makan ubat. Lepas tu bagi minum susu... lagi sekali muntah. Batuk makin kuat pula. Tak sabar pergilah klinik panel dekat dengan rumah minta masuk gas. Lagi sekali menangis... meronta-ronta terpaksalah doktor bedung. Saya pegang kepala dia tak bagi bergerak. Lama-lama baru dia slow sikit dan diam.. tapi sepanjang tu sebut ummi... balik rumah bagi makan bubur nasi dan minum air kosong sahaja. Masih batuk lagi.. doktor kata sekarang musim rota virus. Harap cepatlah sembuh. Iman start batuk yang teruk hari Sabtu baru ni. Inilah pertama kali dia batuk. Tabiat suka gigit apa sahaja yang dia jumpa adakala buat kita susah juga nak jaga. Kena sentiasa tengok apa dia buat. Sejak akhir-akhir ni kuat sangat mengutip.



Iman bergambar bersama anak sepupu-sepupu ayah Iman di rumah Imah (sepupu ayah Iman yang sedang mengandung anak pertama) di Putrajaya. Yang dalam gambar ni anak kakak dan abang kepada Imah. Dia saja buat makan-makan sementara ma dia ada sini. Mereka ni memang suka panggil orang datang rumah buat makan-makan. Menu utama nasi dagang. Tak ambil pula gambar hidangan. Semuanya sedap-sedap belaka :) Nak tunggu kami buat makan-makan entah bilalah agaknya. Ayah Iman kata penat nak kemas rumah nanti. Biasa ajak makan luar je lah..



1 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...