بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 23 April 2012

gaya Iman bersama DVD playernya

Nampaknya apa yang kami sangkakan memang betul. Tak rugilah beli DVD player ni.. sekarang atas kereta buka cerita yang dia suka dia akan duduk diam. Senyum sorang-sorang. Lepas ni nak download dalam youtube lagu-lagu nasyid kanak-kanak, zikir dan apa sahaja untuk proses pembelajaran dia.. nak cuba dalam bahasa inggeris pula ;) DVD ni tak sensitif sangat. Button buka DVD tu agak susah sikit dia nak buka. Rahsia lagi... tak boleh ajar atau tunjuk kat dia. Nanti dah tahu habislah. Dia boleh tekan sendiri play kalau dah habis. Penutupnya pun boleh buka sampai lurus. Jadi tak risaulah rosak. Melainkan dia baling atau ketuk. Harap dia tak buat macam tu.

kalau dah tengok khusyuk je.. tak bergerak

dah penat.. masa ni dah malam..baring pulak.. mata dah mula mengantuklah tu..

duduk balik...

Bukanlah setiap masa buka DVD ni... selalunya malam nak tidur dengan duduk dalam kereta. Sekarang ni dia dah pandai cakap sikit-sikit. Kalau kita cakap apa semua dia faham. Yang kelakarnya bila kena marah. Duduk diam.. mata jeling-jeling nak tengok muka saya.


7 ulasan:

  1. hahaa sebijik cm alisha.. bla knA mrh, muka tunduk tp mata jeling2..hihiii

    BalasPadam
  2. Anak-anak zaman sekarang ni memang cepat celik IT kan.... kita dulu nak pegang komputer pun takut meletup..ehhehe

    BalasPadam
  3. comel tgk aksinya..baring dan duduk..semata-mata nak tgk dvd

    BalasPadam
  4. alahai... heheh
    siMerah Humaira masih tecik lagi, nati macam mana la gaya merajuk dia.. subhanallah... subhanallah (^___^)

    BalasPadam
  5. amboi seronok lah iman kalau camni..mmg tak boring la kalau duk lama2 pun dlm kete..ada peneman..

    BalasPadam
  6. wah..canggih kan budak zaman sekarang..

    BalasPadam
  7. kat tab budak2 ni sibuk nak main zoodles. ipad dia org tak nak main. nak jugak yg ibu punya.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...