بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 4 April 2012

Alhamdulillah.. tempoh 24jam berakhir dengan selamat

Debaran semalam sudah berakhir. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius pada dia. Terima kasih kepada MamaEmaanisalyaIntaNBerliaN dan Puan Kutu kerana mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Iman dalam entri semalam. Siapa yang tidak risau bila sesuatu berlaku pada anak mereka kan? Walaupun kadang-kadang ada masa kita geram tengok ragam dia, tapi jauh di sudut hati kasih sayang tu susah untuk digambarkan. Ibarat anugerah dan nikmat kehidupan yang cukup bermakna sekali. Ummi sayang Iman sepenuh hati tiada yang dapat digambarkan dengan kata-kata. Terima kasih Allah.

Budak kecil tak faham apa yang mereka lakukan itu membahayakan diri mereka sendiri. Itulah perkara yang cukup merisaukan saya. Setiap anak ragam mereka berbeza. Macam Iman dia aktif dan akan jadi terlalu aktif bila dia mengantuk. Mungkin dia nak tahan diri dia daripada tidur. Jadi memang kena pujuk dia supaya tidur sebelum sesuatu yang bahaya terjadi pada dia. Dulu lagi risau dia akan hempaskan kepala ke lantai bila kita paksa dia atau dia tak puashati. Sampai ummi dan ayah dia pelik kenapa dia boleh jadi macam tu. Sekarang dia dah faham yang perkara tu akan menyakitkan dia dan saya selalu cakap tak boleh buat macam tu.

Membesarkan anak depan mata pun sudah merisaukan lagilah tinggalkan mereka. Nak kerja tapi bila fikir tentang dia jadi berat hati. Tempoh masa yang lama menunggu untuk memiliki dia mungkin salah satu sebab perasaan macam tu wujud. Kita yang jaga sendiri pun susah untuk mengawalnya lagikan nak harapkan orang lain. Masih lagi suka masukkan 'benda' dalam mulut. Nak kata nakal tu tidaklah tapi dia aktif, asyik berlari je.. kalau mengantuk mulalah terhantuk atau terjatuh.

gambar yang baru diambil tadi.. hari ni dia baik tidur sendiri.. dah mengantuk sangatlah tu. Selsema pun dah kurang. Ubat selsema yang berwarna hijau tu suka pula dia makan. Kalau tak kena paksa nak makan ubat. Setiap hari memang kena tidur waktu petang. Kalau tak malam lepas maghrib dia tidur dan akan terjaga balik dalam pukul 10 atau 11 malam. Kena tunggu pukul 1 atau 2 pagi barulah dia nak tidur balik. Itupun kena padam semua lampu ;)

.

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah nasib baik xda pe2.. kita ibu2 ni mmg cpt risau kan..

    btw, palang auto tu bkn palang yg parking tu.. tp palang yg nak masuk dalam giant/teso tu..

    http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2012/02/kejadian-malang-yang-menimpa-alisha-di.html

    BalasPadam
  2. nak membesarkan anak2 ni gitu la rose..nak tuggu dorang besar byk dugaannya..

    BalasPadam
  3. nak membesarkan anak2 ni gitu la rose..nak tuggu dorang besar byk dugaannya..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, anak-anak aktif tandanya dia sihat

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...