بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 12 April 2012

10 jenis mayat yang tidak reput dan kelebihan Al-Quran

Bila baca kisah-kisah mayat yang tidak reput tertarik juga nak tahu apakah amalan mereka yang menyebabkan mayat mereka tidak reput. Bila terjumpa mengenainya di facebook barulah saya tahu. Di dalam 10 senarai, yang paling mudah untuk kita adalah dengan menghafal dan beramal dengan Al-Quran. Sesungguhnya dengan Al-Quran itu banyak memberi kebaikan dan bekalan buat kita di akhirat kelak.

 

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :
  1. Para Nabi-Nabi
  2. Para Ahli Jihad Fisabilillah
  3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
  4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
  5. Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
  7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
  8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Kelebihan Al-Quran

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
  • Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib).
  • Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia. 
  • Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”
  • Daripada Ibnu Umar r.a berkata: 
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Pahala membaca al-quran

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Kelebihan membaca al-quran

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.


Semoga kita tergolong di dalam golongan yang beramal dengannya.


2 ulasan:

  1. Subhanallah, indah je kan kalau baca entry tentang Al Quran.. thanks 4 sharing :)

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing, sungguh bermanfaat ilmu yang dikongsi :)maaf menganggu, kami student Universiti Malaysia Pahang, buat satu campaign awareness so that Malaysian will inspect their car regularly, mohon follow dan bantu kami :D http://umpautoinspector.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...