بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 31 Mac 2012

CD Belajar Solat untuk Iman

Hari ni semangat sikit bangun pagi... hujan renyai-renyai dari sebelum subuh lagi (macam ayat novel pula). Lepas solat habiskan kain yang berlonggok belum lipat. Biasalah nak lipat ada je budak kecil tu nak tolong sama. Tolong lipat takpe juga tapi tolong punggah yang dah berlipat. Lepas Iman bangun.. siapkan dia dan kami sarapan di luar. Lepas tu pergi Klang cari CD belajar solat dengan survey harga video comel untuk Iman. Senang pergi mana-mana boleh tengok dalam kereta.

Sepatutnya tak lalu jalan ni... disebabkan fikiran ayah Iman yang dah melayang ke mana salah masuk jalan. Jadi terpaksalah lalu di stesen bas Klang ni... Kenapa bukan gambar bas ya? Dah biasakan tengok bas. Saya saja ambil gambar burung merpati ni... tiap kali lalu sini. Saya cakap dengan ayah Iman.. tak perlu pergi London... Klang pun dah macam London :) Terpegun Iman tengok burung-burung ni dari dalam kereta. Maklumlah suka burung.

Sampai sudah destinasi yang dituju.. Mana yang tak tahu inilah dia Pasar Jawa. Lama dah bangunan ni.. tak pastilah tahun berapa tapi sejak sekolah dulu bangunan ni dah wujud. Cuma masjid kat belakang tu je yang baru wujud ;). Kat sini banyak jual kerepek-kerepek, sejadah, kopiah, songkok, telekung, tasbih, buku-buku agama, cd agama dan jubah.

Iman sedang tengok vcd yang baru dibeli... Allah dia kata.. tengok masjid itulah yang dia sebut. Sajalah nak pasang awal-awal. Umur macam ni senang ingat apa yang dia dengar dan lihat. Sekarang ni kalau tengok kita solat dia pun nak juga. Pandai ambil sejadah. Berdiri sebelah...angkat takbir terus baring.. bukan sujud.. kelakar pula tengok. Tak sabar nak tengok dia ikut ayah dia pergi surau.. sekarang tak bolehlah... gawat nanti. Tak boleh duduk diam. Berlari je kerja dia.

Ayah dia suka sangat beli benda lekat-lekat ni.. yang ni beli di Cash Converter, Bukit Tinggi, Klang. Biasalah budak-budak mana sabar nak tunggu sampai rumah. Ayah pun dah tunjuk awal-awal kat dia. Apalagi dia suruh bukalah. Elok juga diam sikit dalam kereta ;) Yang kelakarnya.. dia nak naik sticker basikal.. takde dalam gambar sebab dah sorok. Tak logik betul.. siap merengek-rengek nak naik 'basikal' tu. Dia memang suka basikal. Basikal roda tiga yang ayah dia beli dia tak minat nak roda dua... macam-macam budak sorang ni..

Sekarang ni susah sikit nak bawa dia berjalan. Ummi dengan ayah dia pun tak larat nak main kejar-kejar. Kalau pergi mana-mana kena cepat balik. Sebab dia mengamuk tak mahu dukung. Kalau makan di kedai pun dah tak macam dulu.. sekarang kalau nampak orang minum air sejuk itulah dia nak. Kami tak ajar lagi dia minum air yang ada ais. Suara dah lah kuat.. habis semua orang tengok. 

Kesian Iman tadi tiba-tiba selsema berjangkit dari ayah dia.....


6 ulasan:

  1. kemain lagi dia lekat sticker tu yea..hehe :)

    BalasPadam
  2. ye la kan..terapkan lagi awal biar sng aikit..

    BalasPadam
  3. As salam Ummi Iman,

    Semoga Iman cepat sembuh dr selsema ye... Iman kite pun sama gak, nak naik basikal tp xreti kayuh jenuh dah ngajar die kayuh... Bagusnye ade CD belajar solat... Skrg ni sy tgh train die baca Al-Fatihah... Doa mkn dan tdo dah boleh walaupun xberapa tepat asal bunyi je... Kdg2 dia malas nak baca..kena byk bersbr kan :)

    BalasPadam
  4. @MaryaYusof salam Marya,

    samalah dengan Iman. Kalau mood malas, kita eja saja je bagi jawapan salah. dah boringlah tu.. bak kata Marya kena byk bersabar.

    BalasPadam
  5. alisha pulak.. kalu dia solat, angkat takbir sambil mulut gerak2 konon baca surah la tu.. lps tu terus sujud..hihii

    BalasPadam
  6. anak-anak memang suka main stiker..habis segala tempat akan ditampalnya

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...