بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 16 Mac 2012

Pengajaran dari kes adik Nurul Nadirah

Apa yang ingin saya sampaikan ini hanyalah sebagai pengajaran kita bersama. Kebanyakan kes berlaku kerana di luar pengawasan ahli keluarga. Memang malang tak berbau tapi mencegah itu lebih baik. Sepatutnya kita ambil pengajaran dari kes-kes sebelum ini. Lindungilah orang yang kita sayang sebaiknya. Kerana kita tidak tahu apa yang akan menimpa mereka.

Berikut adalah kes-kes yang pernah terjadi sebelum ini...

Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia. Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Kisah setrusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mencadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

Selain itu bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.

Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

Dan akhir pada 23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. sumber

Tidak ketinggalan adik Nurin Jazlin, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos 2007. Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin. (Malangnya pembunuhnya masih belum ditemui hingga kini) http://nurinjazlin.blogspot.com/

7 ulasan:

  1. As salam Ummi Iman,

    Bila difikir2kan semula, Msia mcm dah tak selamat... Tak tahulah apa pandangn masyarakat luar pd negara kita ni... Mesti mereka menganggap org Malaysia gila seks & sbgnya... Sgt sedih... terkilan... Kita sbg ibu bapa pun kdgkala tertekan & serba salah jg... Kita tak boleh menjaga/memantau anak2 spjg masa... mereka perlu juga bebas utk perkembangan EQ mereka... Nampaknya pemimpin perlu fikirkan sesuatu, kita juga tdk boleh berdiam diri... betul tak :)

    BalasPadam
  2. mmg rs sgt2 risau bila ingat balik semua kes ni... kselamatan ank2 mcm xberapa terjamin kan..

    BalasPadam
  3. semakin tidak selamat....manusia semakin kejam...tiada peri kemanusiaan.

    hopefully kita semua dijauhkan dari perkara yg bukan-bukan seperti ini.


    oh ya,eca dtg nak jemput meriahkan GA
    http://www.ecadwinkyasha.com/2012/03/my-little-giveaway.html

    BalasPadam
  4. @MaryaYusof betul. undang2 kena lebih tegas kepada pelaku. yang peliknya kenapa mangsanya ramai melayu

    BalasPadam
  5. @ecadwinkyasha t.kasih jemput. berpeluang saya join ya

    BalasPadam
  6. sekarang ni betul2 dah rasa keselamatan kanak2 kian terancam..semoga anak kita dilindungi olehNYA...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...