بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 27 Mac 2012

Pastikan rumah anda selamat

Dah lama nak buat entri mengenai keselamatan rumah. Saya pernah sekali mengalaminya sebelum pindah di rumah sekarang ni. Rumah tu rumah arwah makcik saya. Silapnya dari kami sendiri yang tak perasan mangga yang dikunci pada pintu (ensel) salah dipasang. Apalagi pencuri tu tolak cermin tingkap dan buka pintu. Lepas kejadian tu kami buat selak menggunakan kayu dan pasang di atas pintu dan pastikan mangga tersebut dipasang dengan betul. Nasib baiklah tak banyak barang yang sempat diambil. Yang kelakarnya beg makeup saya tu diorang campak dalam semak setelah dipecahkan. Diorang ingat peti besi tu ada duit agaknya :). Setelah disiasat, kami tahu siapa pencurinya. Tapi malas nak panjang cerita. Budak umur bawah 18 tahun. Masuk lokap, lepas tu keluar. Lagipun barang-barang berharga seperti laptop dan lain-lain tidak diambil. Tak sempat agaknya. Yang geramnya masuk rumah pakai kasut..

Jadi kenalah sentiasa pastikan ciri-ciri keselamatan yang betul di rumah kalian. Walaupun kadang-kadang tu semua ciri dah sempurna masih juga mereka ni boleh masuk. Apa pun persediaan awal tu lebih penting dan jangan lupa pagar rumah dengan ayat al-quran.

Tingkap jenis macam ni senang diumpil. Kenalah pasang grill di bahagian dalam rumah, dan pastikan grill tersebut benar-benar selamat. Pastikan semasa memasang grill tidak terlihat lubang screw pada grill tersebut. Ini memudahkan pencuri membukanya.

Kalau boleh pastikan pagar rumah diikat dengan besi tajam.

seperti ini

Pastikan ciri-ciri pagar yang selamat dan tidak mudah dipanjat. Banyak sekarang saya perhatikan orang lebih mengutamakan cantik dari selamat. Kenapa saya kata pagar ni tidak selamat? Pencuri dengan mudahnya boleh panjat kerana terdapat ruang tempat meletakkan kaki untuk memanjat pagar tersebut.

Pastikan juga grill sentiasa di kunci dengan MANGGA. Mangga juga biarlah mahal sedikit, yang memang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang kukuh. Untuk yang tidak tahu kunci grill boleh didapati di mana-mana dan serupa mengikut nombor. Jadi senang untuk pencuri membukanya.

Lain-lain tips:
  1. Pastikan rumah berkunci selepas keluar dan masuk rumah, walaupun kita keluar untuk jarak yang dekat.
  2. Jangan berada di luar rumah jika tidak ramai orang. Pencuri sekarang berani, ada orang pun diorang masuk.
  3. Jangan letak wang tunai yang banyak di dalam rumah.
  4. Pastikan segala kunci diletakkan ditempat yang tersorok dan jauh dari pintu.
  5. Pastikan tidak memakai barang kemas ketika tidur.
  6. Segala barang-barang berharga seperti laptop, kamera, handphone hendaklah di letakkan ditempat yang selamat dan tersorok.
  7. Pastikan juga grill dibahagian belakang rumah ditutup sepenuhnya atau separas dengan kunci. Ini menyusahkan bagi mereka untuk mengetuk mangga dan memotongnya, kerana ia tidak kelihatan.
  8. Pintu rumah seboleh-bolehnya ditambah dengan penghadang besi atau kunci tambahan dibahagian atas dan bawah pintu.

Antara ayat al-quran dan doa untuk mengelakkan rumah kita dari diceroboh atau dimasuki pencuri:
  1. Baca ayat Kursi sambil keliling rumah sebanyak 7 kali. Kalau rajin buatlah sebanyak 41 kali dengan niat Allah pelihara rumah danharta benda kita. Lepas kunci pagar jangan sekali2 panjat atau kencing dilaman rumah.
  2. Baca ayat Kursi 7 kali, Selawat Nabi 7 kali dan Surah Al- Fatihah 7 kali. baca sambil keliling kawasan rumah dengan niat Allah selamatkan harta benda kita, Kalau rumah teres pagar dalam kawasan rumah dengan niat pagar 4 penjuru.
  3. Baca surah Al-Fatihah 3 kali, Selawat nabi 3 kali dan ayat kuris 3 X.
  4. aca ayat Al-Kafirun ayat 1-6. Baca 7 kali selepas subuh dan 7 kali selepas maghrib, dan pohonlah agar rumah kita tidak dimasuki pencuri.
  5. Baca lah doa dari Abu Darda, doa untuk menyelamatkan harta dari malapetaka.  Sumber dari mforum2.cari.com.my
 
Doa Abu Darda r.a. Untuk Meyelamatkan Diri dan Hartanya dari Malapetaka

Talha r.a. meriwayatkan: 

"Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke-empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda menjawab: "Saya yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar." sumber dari laabwa.blogspot.com

Semoga sedikit sebanyak membantu dan semoga Allah lindungi rumah kita semua dari dimasuki pencuri dan segala bahaya.


9 ulasan:

  1. emm mmg takut betul sy bab keselamatan diri dan rumah.sbb tu juga sy rasa lebih selamat tinggal dekat kuarters tentera (sy keje dengan tentera). so far klu kuarters tentera nie org takutlah nak masuk dan merompak..:)

    BalasPadam
  2. Risau dengan keadaan Malaysia sekarang.. saban hari dengar kes rompakan, ragut, bunuh... sedih melihat mangsa yg tak berdosa menjadi mangsa.

    Moga-moga tanah air tercinta sentiasa dalam keadaan aman...

    BalasPadam
  3. saya tak pernah mengalaminya lagi tp tak tau nak kata ape la kalau hadapi situasi gini..takuttt....

    BalasPadam
  4. @Puan Kutu ya betul dan suasananya pun tak bising kan?

    BalasPadam
  5. @fieda semua org pasti takut dan taknak perkara sebegini berlaku. semoga dijauhkan

    BalasPadam
  6. tima kasih kerana mengingatkan.. tu la.. zaman skrg ni bahaya sungguh kan.. duk dlm umah sndiri pun blm tentu slmt..

    BalasPadam
  7. info yang menarik. memang kena berhati2 kan sebab pencuri dan perompak sekarang dah makin berani.

    BalasPadam
  8. Tgh takut ni...
    Ade jiran ckp adee org mengendap2 dpn umah..seolah2 nk masuk umah..ya Allah berdebarnya...prihatin jiran..kul 2.15 pagi ader org mengendap2...
    Sy pal suami xder keja mlam... Allah..


    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...