بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 3 Mac 2012

Pantang jumpa penyapu

Iman.. Iman.. suka sangat dengan penyapu. Nak menyapu pun tak boleh mesti dia nak pegang penyapu tu juga. Berebut-rebutlah dengan dia. Itu cerita dalam rumah.. perlu ke beli satu lagi penyapu untuk dia? Nasib baik di luar rumah ada 2 penyapu.. yang pendek tu baru je beli tapi batangnya dah patah. Sesuailah untuk Iman yang cilik tu. Dah lama gambar ni di ambil tapi baru nak upload. Masa ni ayah Iman sedang menyapu di luar rumah. Iman pula sibuk nak join sama, Maka saya pun bagi peluanglah dia bermesra dengan penyapu di luar. Kenapa Iman tak berseluar? hehe sebabnya masa ni saya nak mandikan dia tapi sibuk sangat nak keluar... jadilah begitu. Nasib baik baju tu labuh kalau tak akan lebih seksi rupanya nanti...







beria-ia je kan gayanya menyapu ;)

Tiap kali nak dipisahkan dengan penyapu pasti akan menangis... tangan tu kuat sangat genggam batang penyapu. Terpaksalah tarik. Pujuklah dengan apa pun takkan dilepaskan. Nasib baik menangis sekejap sahaja.


7 ulasan:

  1. alahai comelnya iman.rajin betul anak teruna nie tolong ummi..:)

    BalasPadam
  2. alahai comel nyer..rajin sangat..hehe :)

    BalasPadam
  3. rajin eeek...tu nanti nak masuk mandi tentu puas pujuk kann...hehheh..budak-budak suka ikut apa yang kita buat kan...

    BalasPadam
  4. irfan pon sukan sangat ngan penyapu...adehhh....hehe

    BalasPadam
  5. irfan pon sukan sangat ngan penyapu...adehhh....hehe

    BalasPadam
  6. agaknya budak2 kecik mmg sk main penyapu kot.. alisha pun sama jugak.. siap 2 2 belah tgn ada penyapu.. hihiii

    BalasPadam
  7. tu la..maira pun sama...keje nk menyapu jer..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...