بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 16 Mac 2012

Negara mana yang kerap ber facebook

Tiba-tiba rasa nak tahu negara manakah yang rakyatnya paling kerap menghabiskan masa di Facebook. Agak-agaknya Malaysia tersenarai tak? Mengikut apa yang saya cari nampaknya Malaysia tak tersenarai. Baguslah.. walaupun saya ada akaun facebook, tapi rasanya lebih baiklah masa tu tidak banyak terluang ke arah itu. Apa yang saya nak katakan ini untuk menasihati diri sendiri juga. Adakala rasa malu sebab boleh buka facebook dan blog tapi tak boleh buka al-quran. Tak salah, harapnya biarlah seimbang semuanya.


Oh ya saja nak beritahu.. kalau ada yang terasa sebab saya dah unfriend mereka di facebook. Kini akaun facebook saya hanya untuk bekas rakan sekolah dan kerja sahaja. Saya memang hanya terima orang yang dikenali sahaja sebelum ini. Tapi disebabkan satu kes yang tidak disangkakan, atas arahan ayah Iman dia suruh unfriend semua kecuali kawan sekolah. Tak perlulah tahu apa kes yang saya maksudkan. Sebab ianya memang tak sepatutnya berlaku. Apa yang perlu saya beritahu... akaun facebook adalah hak kita dalam apa jua yang ingin kita tulis baik dari segi nasihat dan sebagainya (selagi berhemah). Termasuk upload gambar peribadi. Adakala setengah manusia sukar menerima.. jadi kalau kita rasa kita tidak senang dengan orang lain atau pun terlalu sensitif, tak perlulah ada akaun facebook. Apa yang ingin saya sampaikan adalah lebih jelas dengan membaca isu ini di blog senior saya masa sekolah menengah dahulu. Klik sini untuk baca

6 ulasan:

  1. "Adakala rasa malu sebab boleh buka facebook dan blog tapi tak boleh buka al-quran. Tak salah, harapnya biarlah seimbang semuanya."

    Ingatan buat diri sy juga...malu* Thanks :D

    Nasib baik juga Peru x tersenarai...hahaha! Saja je...

    Mama Iman sudi tak klau like akaun FB sy, utk mengekalkan silaturahim sedia ada.. Insya'Allah.. Jazakallahu khoir~

    BalasPadam
  2. Yang NZ tu agaknya kamilah penyumbang terbesar..hahahahahaha

    BalasPadam
  3. fb saya xaktif sgt pun... biasa bk sbb nak bls msg or saja buka2 smbil ngadap blog..hihii

    nak pos status kt fb mmg xla sbb rasanya dkt blog lg best...hihii

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...