بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 20 Mac 2012

Main bola di tepi laut

Hujung minggu yang lepas tak banyak aktiviti keluarga yang dilakukan. Ayah Iman sibuk dengan aktiviti dan program di surau. Saya dan Iman macam biasa duduk dalam rumah. Kebetulan adik lelaki saya bersama isteri dan anak dia singgah rumah lepas hantar mak tengok atuk. Dalam pukul 2> petang diorang balik. Masa tu ayah Iman tak balik lagi. Boring juga tak pergi ke mana-mana. Pukul 4> petang baru keluar. Ayah Iman ajak pergi Amcorp Mall tapi saya taknak sebab takde apa yang nak dicari kat situ.

Masing-masing dah ketandusan idea, akhirnya kami pergi ke Tanjung Harapan (sama pula idea). Masa ni sempat pusing cari aiskrim Magnum di pasaraya 99 yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman.. tapi hampa. Lepas bawa Iman tengok laut (sekejap sahaja tak sampai setengah jam). Sebab macam biasa Iman tak suka didukung atau dipegang, sibuk nak berjalan. Tempat tak sesuai dan ruang nak bermain pun kecil jadi kami pergi pula ke Laguna Park yang terletak di Pulau Indah.

Untuk membuatkan Iman tidak berjalan tanpa henti. Sebenarnya penat nak ikut dia ;) maka ayah Iman pun ambil bola dalam kereta. Dapat bola fokus hanya pada main bola. Tapi tak sesuai betul pakaian Iman main masa ni kan... nak buat macamana.. ingat nak jalan-jalan santai tapi akhirnya bersukan pula. Saya masa ni cuma jadi pemerhati dan ambil gambar. Di bawah ni sebahagian dari gambar-gambar yang diambil.

Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

Laguna Park, Pulau Indah... di Pelabuhan Klang juga...

macam pemain professional je gayanya..

main bola 2 beranak di kawasan tempat letak kereta yang kosong

masa ni saya duduk sini... tiba-tiba Iman datang duduk sambil bawa bola dan sepak bola sambil duduk ;) ni dah terlebih professional namanya...

akibat kepenatan dan tak tidur.. masuk kereta minum susu terus terlena.. tak ingat apa dah.. masa ni tengah tunggu ayah Iman beli makanan di pasar malam. Apalagi cari nasi orang kelantan yang memang tersohor di pasar malam ni.

Sampai rumah baru kejutkan dia... dahlah berpeluh-peluh takkan nak terus tidurkan. Nasib baiklah dia bukan budak yang menangis bila dikejut. Jadi senanglah sikit kerja. Macam biasa dah lewat mandikan dengan air panas. Memang penakut air sejuk pun Iman ni.. kena air sejuk terjerit-jerit. Kalau air panas eerm seronok bukan main, siap gelak-gelak lagi.

3 ulasan:

  1. sian penat sangatlh tu...

    BalasPadam
  2. seronok bermain sampai tertidur kepenatan.. :-)

    BalasPadam
  3. nanti boleh lawan dgn anak aunty..hehehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...