بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 28 Mac 2012

Kes simbah asid masih berlaku lagi?

Tak habis lagi rupanya kes simbah asid ni. Hati-hati ya.. jangan pakai barang kemas yang banyak dan boleh dilihat oleh orang lain. Kadang-kadang bila difikirkan balik kesederhanaan dalam islam itu menjauhkan kita dari banyak perkara yang tidak baik. Wallahuaklam.

2 lagi wanita mangsa simbah asid di Rawang
28 Mac 2012

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama


6 ulasan:

  1. takut la...ni yg buat saya takut nak keluar ke mana mana ni..

    BalasPadam
  2. mnakutkan.. apalah dorg ni kan.. sggup buat camtu..

    BalasPadam
  3. manusia sekarg tak ada hati perut...

    BalasPadam
  4. ada tgok videonya.dh la kena ragut,simbah asid plak..jenayah macam nie mmg naik tegak bulu roma kita..

    BalasPadam
  5. nak carik duit mudah je dia orang ni kan...

    BalasPadam
  6. dgr kat radio td kes simbah asid ni bukan yg berantai tu..tp motif utama dia samun

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...