بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 2 Mac 2012

Jutawan Amerika Peluk Islam

Richard Patterson

Alhamdulillah berita yang sangat menarik untuk dikongsikan. Sejak akhir-akhir ini Allah memberi hidayah kepada mereka-mereka yang diinginkanNya. Semoga ini memberikan gambaran yang baik buat yang lain. Melalui carian saya di google menunjukkan setiap tahun lebih dari 200 ribu orang di AS memeluk agama Islam.

Sumber: Setiap Tahun 200 Ribu Peluk Islam Di Amerika Syarikat | Kakiharu Blog™ http://kaki-haru.blogspot.com/2011/09/setiap-tahun-200-ribu-peluk-islam-di.html#ixzz1nx9YpLHG

Di bawah adalah Petikan daripada Harian Metro Online.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya… (al-Baqarah: 272)

Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.

Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi. Dia ke Arab Saudi kerana mendapat kontrak dengan Bulan Sabit Merah Arab saudi untuk melatih mahasiswa tentang kecemasan di udara.

“Saya pada mulanya datang ke Arab Saudi untuk tujuan transaksi komersial. Saya begitu senang membuat kesepakatan terbaik dalam hidup saya dengan Allah SWT dengan masuk Islam,” kata Abdulaziz

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.


5 ulasan:

  1. Allah menjanjikan kemenangan untuk orang Islam :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... Terbuka jugak hati dia kan..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..Allah swt bukakn atinya

    BalasPadam
  4. alhamdulillah ... kalau allah nak bukakan pintu hati semua org boleh kembali keasalnyaa .. syukurrr

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...