بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 30 Mac 2012

Jangan terus mandikan anak setelah mereka penat bermain


Ini adalah kisah benar dan untuk dikongsikan bersama. Semoga kita sama-sama berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan demi kebaikan anak-anak kita. Baru-baru ni saudara pada kawan ayah Iman telah kehilangan anak mereka secara mengejut. Perkara ni berlaku disebabkan mereka mandikan anak sejurus selepas anak mereka penat bermain. Selepas mandi anak mereka terus pengsan tak sedarkan diri. Setelah di bawa ke hospital doktor mengesahkan bahawa anak mereka terkena serangan jantung. Nasihat doktor kepada mereka. Jangan mandikan anak sejurus selepas mereka bermain. Kena tunggu setengah jam ke atas baru boleh dimandikan.

Bukan kanak-kanak sahaja tapi orang dewasa juga. Tidak digalakkan terus mandi ketika badan masih berpeluh-peluh. Kena rehat dulu dan tunggu sehingga peluh kering baru boleh mandi. Semasa bersenam atau bersukan juga, jika merasa sakit dada atau lelah kena segera berhenti.

Semoga nasihat ini memberi manfaat buat semua.


6 ulasan:

  1. perkongsian yang menarik dan bermanfaat. Saya pun baru tahu pasal ni....

    BalasPadam
  2. kesannya sama cam mandi malam jugak yea... tq 4 info

    BalasPadam
  3. sy mmg tahu pasal jgn mandi lps pnat main tp xtau sbb apa.. skrg dh tau.. thanks kongsi :-)

    BalasPadam
  4. oh ye betul nie?mmg dr dulu mak2 kita pesan soh berehat dulu dan keringkan peluh sebelum mandi.sy baru baca artikel yg menyangkal benda ni.so secara kebetulan semalam sy soh aiman terus mandi sbb melekit2 badan dia main kt luar.

    tak sgka efeknya seteruk ni..Nauzubillah..mintak dijauhkan..

    BalasPadam
  5. mmg suami selalu pesan kalau berpeluh peluh lepas main jgn terus mandi..tp saya mmg tak tau efeknya gitu..baru tau ni..takut la..

    BalasPadam
  6. biasa dah dgr kan org pesan begitu.. tapi kesannya yang kita tak tahu. Saya pun baru tahu

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...