بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 17 Mac 2012

Iman di taman

Dah lama tak cerita tentang Iman. Kali ni saja nak simpan koleksi gambar Iman di taman permainan kanak-kanak. Sebelum ni jarang bawa Iman main di taman yang terletak di luar. Biasanya dalam bangunan. Ayah dia prihatin takut nyamuklah dan macam-macam lagi. Start minggu lepas ummi dia yang bawa main di luar. Apalagi seronok sangatlah Iman yang jarang bebas ni.

Ada bersembang dengan ayah dia.. kenapa agaknya anak orang lain bila lepas taklah seaktif Iman. Saya rasa agaknya sebab dia selalu terperap dalam rumah. Bila keluar tu yang jadi begitu. Dia akan berlari sekuat hati dan tak berhenti. Bila kita nak dukung pasti meronta. Betul ke anggapan saya tu? Susah juga bila jadi parent yang risau sangat keselamatan anak sampaikan pergi mana asyik berdukung je. Sekarang ni baru saya nak bagi dia peluang bebas berjalan. Kesian juga kat dia..

ni gambar beberapa bulan lepas... masa ni pergi Putrajaya rumah sepupu ayah Iman. Acik dia gelak bila tengok Iman pakai baju yang dibutangkan sampai atas ni. Ummi dialah yang pakaikan begitu.. ini first time dia pakai baju ni.. buat kali seterusnya tak butang dah sampai atas :D

ni pula gambar minggu lepas. Malam-malam jalan di Tasik Titiwangsa. Masa ni saja jalan rumah kawan saya dan ajak dia dan anak-anak dia datang sini.

ni gambar minggu lepas juga. Hari orang bekerja.. kesian kat Iman yang asyik duduk dalam rumah je. Ajak adik dan anak-anak dia sekali buat kawan Iman. Muka gayat naik buai.

tengok... tiada hari tanpa bola. Nak ambil tak bagi...

yang ni pula gambar dalam minggu ni.. macam biasa ajak anak adik join sekali. Kalau tak takde kawan Iman nak main. Belakang tu Ayis, mana-mana anak saudara semua serasi dengan dia. Sebab dia lembut dan pandai melayan agaknya. Iman sayang sangat dengan Ayis ni.. siap peluk cium lagi kalau jumpa. Ayis pula yang malu-malu ;)

nasib baik kasut yang dipakai tu tapaknya getah. Jadi melekat.. kalau tak bahaya juga.. kalau licin pasti terjatuh. Hari kebebasan dari ummi dia. Bila lagi nak belajar.

tengok siapa yang paling aktif. Masa ni satu taman Iman jogging. Memang luar biasa tenaganya.. abang-abang dan kakak di belakang tu pun kalah. Sampai diorang pun hairan tengok Iman. Itulah tenaga yang disimpan. Asyik terperap je dalam rumah hehe..

bersama kakak Miza yang tengah perhati apa yang Iman buat. Iman sedang memijak air yang bertakung di situ. Geram tengok air.. sampai nak masuk dalam air pancut tu.. Iman belum merasa lagi mandi swimming pool. Ayah dia kata tunggu besar sikit. Sabar ya Iman.

Walaupun aktif di taman permainan tapi Iman bukan jenis budak yang mengigau malam atau merengek kepenatan. Alhamdulillah... jadi tiada masalah bagi dia bermain.


4 ulasan:

  1. syoknya dia main kat taman...

    BalasPadam
  2. budak besar iman nie mmg nak bergerak bebas.time tu la otak dia merangsang.klu terperap je mmg bosan.

    sy agak setuju bila awak kata iman akan aktif bila sesekali dpt peluang utk bergerak bebas.sbb anak sy pun macam tu..:)

    BalasPadam
  3. tiut nyer iman ni..semoga membesar sebagai seorang anak yg soleh..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...