بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Ahad, 4 Mac 2012

Doa permudahkan urusan hutang

Di ambil dari blog ini setelah di share oleh rakan FB. Setiap kita pasti berhutangkan? hutang rumah, hutang kereta dan lain-lain. Pening juga kepala bila fikir bilalah hutang-hutang ni nak habis bayar. Ayah Iman asyik memikirkan soal ni. Maklumlah umur dah 40-an, lagi 15 tahun nak pencen. Masa tu rumah belum habis bayar. Takkan nak guna duit EPF nak bayar, macamana dengan bekalan di hari tua. Kalau kerja kerajaan ada duit pencen, tapi kerja dengan swasta kenalah buat simpanan sendiri. Sebab tu kena simpan duit untuk Iman dari sekarang lagi sebagai bekalan untuk pembelajaran dia di masa hadapan.

Bila ayah Iman asyik fikir soal duit saya asyik cakap "insyaallah ada rezeki...". Tapi ayah Iman cakap kalau tak usaha mana datangnya rezeki. Ada betul juga cakap dia. Perancangan dari awal tu penting sebagai persediaan. Kalau berlaku apa-apa nanti tidaklah rasa susah. Dalam masa yang sama kenalah sentiasa berdoa agar Allah lapangkan rezeki sentiasa. Cukuplah apa yang diperlukan. Maklumlah walaupun wang bukan segala-galanya tapi dalam kehidupan kita segala-galanya memerlukan wang. Taknaklah sampai menyusahkan orang lain.

Semoga Allah permudahkan urusan hutang yang ada. Insyaallah...

Abu Said Al-Khudhri radhiyallahu ’anhu berkata: "Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah radhiyallahu ’anhu sedang duduk di sana. Beliau bertanya: "Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di luar waktu solat?” Ia menjawab: "Aku bingung memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila kau baca maka Allah ta’aala akan menghilangkan kebingunganmu dan melunasi hutangmu?" Ia menjawab: "Tentu, wahai Rasulullah." Beliau bersabda, "Jika kau berada di waktu pagi maupun petang hari, bacalah doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.” Kata Abu Umamah radhiyallahu ’anhu: ”Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.” (HR Abu Dawud 4/353)


3 ulasan:

fieda berkata...

insyaallah semoga dipermudahkan..

Zie berkata...

Tak berhutang tak merasa lah.. apapun mudahan kita dapat membayarnya... kerana hutang dibawa sampai kemati..

Nida berkata...

Ummi.. tahniah:

http://www.akmarwati.com/2012/03/lagi-keputusan-giveaway-dari.html