بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 22 Mac 2012

Cinta Fitri

 

Sejak akhir-akhir ni suka sangat tengok sinetron Cinta Fitri di TV9 yang bermula pada jam 12.30 tengahari - 1.30 petang. Ceritanya realistik dengan kehidupan sebenar. Walaupun ceritanya agak panjang tapi tidak membosankan. Penuh dengan pengajaran dalam hal-hal kekeluargaan dan persahabatan.

Watak Fitri seorang perempuan kampung yang cukup sopan santun, penyabar dan bersifat luhur itu banyak menyedarkan ramai pihak termasuk saya yang melihatnya. Pokok pangkalnya kesabaran adalah kunci dalam kehidupan. Tanpa kesabaran pasti setiap perkara akan menjadi tambah buruk. Bukan cerita mengenai Fitri sahaja, malah semua watak di dalam cerita ini ada memberi pengajaran masing-masing. Adakala membuka mata kita yang melihatnya.

Disamping itu suka juga tengok watak Norman yang kurang bijak tu. Lucu ditambah dengan anaknya Yuga dan Nadine yang cerdik bila bercakap. Adakala tergelak seorang melihatnya. Disebalik lawak ada pengajarannya.

 

PASANGAN Dalam sinetron 'Cinta Fitri' Shireen Sungkar dan Teuku Wisnu yang juga dikatakan rapat di luar lokasi.


Ada setengah orang marah bila kita puji cerita luar. Bagi saya bukan cerita Indonesia sahaja malah negara lain juga kalau jalan cerita yang memberikan banyak pengajaran bagi saya harus dipuji. Biarlah ikhlas bila berkarya buat sekadar mengaut untung sahaja. Bila saya cari melalui google nampaknya Cinta Fitri ini mempunyai 1002 episod (musim 1 - musim 7). Rupanya masih panjang lagi ceritanya.. 


p/s: ayah Iman ada beli DVD kisah orang Iran. Bila tengok memang sedih dan terharu. Kisah seorang ayah yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarganya. Disamping anak-anak yang turut membantu walaupun ayahnya tidak izinkan... cukup tersentuh sampaikan menitis airmata melihatnya. Cerita-cerita beginilah sepatutnya banyak ditayangkan agar anak-anak kita sentiasa berfikir pengajaran disebalik cerita.


7 ulasan:

  1. As salam Umi Iman,

    Saya bukan penggemar cerita dr seberang especially Indo... Sb byk yg berunsur tahyul serta khurafat... Tp tak dinafikan byk cerita yg berkualiti juga... Spt Hafalan Solat Delisha serta beberapa buah cerita lg yg sy xigt tajuknya... Benar2 menyentuh perasaan... Sy setuju klau ditayangkan jenis2 cerita bebentuk pengajaran mcm ni di Msia... Penerbit filem tempatan harus lebih peka, taklah hanya mementingkan kuntungan sahaja... asyik2 cerita hantu... Adoila :(

    BalasPadam
  2. olorrrrrr.. tak dapat tengok... agak-agak dalam youtube ada tak ek.

    BalasPadam
  3. saya tak tgk..dulu saya mmg layan cite2 indon ni..dah lama tak layan sbb kalau dh start layan mmg saya susah nak tinggal walau 1 episod..huhuhuhuhuhu............

    BalasPadam
  4. @MaryaYusof saya tak suka juga cerita yg berbentuk tahyul @ bukan realistik dgn dunia sebenar. cerita pelik2 ni jarang sgt nak tengok. sebenarnya bukan kaki tgk tv juga. jd agak ketinggalan juga dgn perkembangan terkini. byk tahu melalui internet dari tv ;)

    BalasPadam
  5. @Nida tak pasti pula saya. belum check lagi di youtube. laptop saya ni soundnya ada masalah. tu yg jarang buka youtube skrg ni..

    BalasPadam
  6. @fieda hehe.. dulu saya mmg mcm tu, tapi skrg ni kalau tgk cerita kadang2 tu hujungnya tak sempat nak tgk. tak tahu pun kesudahan cerita. nak tahu kena check dlm blog atau tanya kawan. pasti ada yg update ;)

    BalasPadam
  7. sayas pun suka tengok cerita indonesia walaupun ceritanya sangat panjang :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...