بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 13 Mac 2012

Berperang dengan Che 'T'

gambar che T yang bergaya kerana berjaya melarikan diri ;)
<google image>

Pukul 3 pagi baru selesai membersihkan segala kesan yang ditinggalkan oleh che T. Aishhh geram juga.. kenapalah tiba-tiba nak masuk rumah saya. Tak jemput pun datang nak juga datang. Dahlah datang rumah orang  lepas tu melepaskan hajat merata-rata. Kalaulah che T ni boleh baca entri saya ni...

Dalam pukul 9 malam baru je nak membuka lappy tiba-tiba nampak che T tu keluar. Masa ni Iman dah tidur.. tidur awal sebab tak tidur petang. Dia keluar dari celah sofa yang diletakkan tepi tangga dan terus menghala ke dapur. Apalah yang dicarinya... kat dapur tu bukan ada makanan pun. Bila ayah Iman balik saya beritahu pada dia. Sebenarnya ayah Iman penggeli juga.. kelakar juga melihat aksinya. Saya usah cakaplah... lagi-lagilah saiz dia yang besar dan hitam. Selalu tengok coklat tapi yang ni hitam macam kopi. Lama jugalah ambil masa 'main-main' dengan dia. Ayah Iman nak bunuh saya tak bagi sebab binatang ni kalau kita buat jahat dia pun jahat juga, nanti habis semua tupperware dia gigit. Dah ada pengalaman masa duduk rumah sebelum ni.

Malangnya usaha untuk menghalaunya keluar tak berjaya sebab dia hilang secara tiba-tiba. Sebenarnya masa kami tengah main kejar-kejar dengan dia di dapur dia berjaya lari menghala ke ruang tamu. Itupun saya yang nampak. Ayah Iman ingat dia masih duduk di bawah cabinet di dapur. Maka setakat itu jelah.. jejak seterusnya tidak dapat dikesan. Kami agak dia duduk dalam sofa tepi tangga. Maka sofa tu diletakkan di luar rumah buat sementara. Esok baru check balik. Harap-harap dia keluarlah dan pergi tempat lain. Jangan ganggu kami lagi.

Kami perasan che T ni masa hari Sabtu masa tu dah malam. Dia menyorok belakang bakul baju (kotor) berhampiran washing machine. Nak hambat dah lewat. Esok paginya bila tengok dah takde. Ingatkan dia dah keluar. Rupanya ada lagi... kali ni harap sangat dia dah keluar. Kalau tak menangislah saya kena mop lagi satu rumah.. bersihkan semua tempat dan barang-barang yang ada di dapur. Nak kata rumah kotor dan banyak barang takde pula.. tapi dia minat juga nak masuk. Nak buat siang tak boleh Iman ada... buatlah malam, bila dah siap tengok jam.. dah pagi rupanya..

beginilah warnanya... mau tak geli tengok...
<google image>


5 ulasan:

  1. hoho..pasang la perangkap..senang sket, xde adegan kejar mengejar..

    BalasPadam
  2. hehe tak sabar nak halau dia keluar..

    BalasPadam
  3. sy geli betoi dgn tikus.. tkt tiba2 kita tgh baring tiba2 je ada kt kita..hihii

    BalasPadam
  4. eiii..mmg mencik dgn cik T ni..aritu masa balik kg dia kerjakan beg tangan saya..habis wallet saya koyak dia wat keje..ntah hape yg dia sakit hati ntah..kt kg mmg byk tikus kt umah mak..

    BalasPadam
  5. eu...geli tikus..........binatang bawa penyakit ne.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...