بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 19 Mac 2012

Akhirnya.. dapat juga Magnum

Dah lama 'mengidam' nak makan aiskrim Magnum... akhirnya baru malam ni dapat itupun perasa vanilla je.. ni semua gara-gara iklan. Terpengaruh juga dengan iklan di TV. Minta dengan ayah Iman. Puaslah cari di kedai dan stesen minyak dekat-dekat rumah ni tapi takde. Bila nak memang macam tu.. pasti tak jumpa. Cuba kalau taknak bila tengok peti aiskrim tu pasti ada je.. sebelum ni ada ternampak tapi was-was je nak beli. Menyesal pula rasanya. Bila minta dengan ayah Iman.. dia cari tak jumpa, bila tanya dia kata takpelah nanti abang cari... tak habis-habis aiskrim-aiskrim hehehe... sajalah nak mengada kadang-kadang tu. Rupanya sayang juga ayah Iman kat saya. Sekali beli.. tu dia.. minta satu dapat enam.

Jom tengok kenapa jadi enam...

dah puas cari yang satu takde belilah yang dalam kotak ni...
beranganlah nak perasa almond atau cappuccino :(
bersyukur je lah kan orang dah beli.. mahal pula tu jadinya.. 11 ringgit lebih :)


4 ulasan:

  1. bersyukurlah...heheheh, daripada tak dapat...

    BalasPadam
  2. Ya ALlah.. meleleh air liur tengok aiskrim tu... kena cari juga ni..hehe

    BalasPadam
  3. memang best magnum ni.. yg ada kacan g lagi terangkat

    BalasPadam
  4. mmg best..saya baru semalam beli..kat pasar mini ni ada jer..kalau gi pasaraya beli yg mini punya mcm tu...kalau yg ada kacang tu lagi la sedap..tp mahal kan..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...