بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Khamis, 23 Februari 2012

Smart Play Pad Iman @ ipad kanak-kanak

Hari Sabtu yang lepas ayah Iman keluar senyap-senyap je pergi ke bandar Port Klang cari 'iPad' untuk Iman. Minggu sebelum tu pergi dah sold out. Ramai orang beli. Tokey kedai kata dalam pertengahan bulan dua baru stok sampai. Tu yang AI pergi tengok dah sampai ke belum. Minta kurang tak dapat. Tokey tu suruh cari kedai lain kalau ada. Nak jadi cerita ada kedai yang jual lebih murah dari kedai dia. Teruslah AI beli di kedai tu. Bukan iPad je yang dibeli, kereta remote control dan magnetism drawing board (ganti yang lama besi pen dah hilang, tak boleh nak tulis)

Ummi suruh pegang nak ambil gambar ;) tapi mata pandang tempat lain.

Belakang kotak yang menunjukkan 'function' atau cara nak guna

Ini rupanya secara dekat. Jangan tak tahu saya mati-mati ingatkan touch skrin. Rupanya touch pada gambar yang memang dah ditampal. Function lebih kurang sama macam laptop Iman cuma yang ini versi ipad pula. Tapi oklah... cuma Iman marah sebab ada setengah tu keras sikit nak tekan. Sakit jari dia :)

Inilah dia kereta remote control dan magnetism drawing board Iman. Pandai jugalah main tapi mengundur dan pusing-pusing je lah nak tolak ke depan tak reti :)


Kalau ada sesiapa nak beli dengan saya boleh juga. Cuma RM30 termasuk harga pos. Sempat juga nak berniaga. Itupun kalau ada yang nak. Sementara stok masih ada. Berminat e-mail ke ruse_nrk@yahoo.com.

Iman bersama laptop yang diceritakan di atas. Sekarang dah duduk dalam toys box. Habis anak buah kerjakan. Keypad dan penutup / skrin dah tertanggal. Belum dibetulkan lagi.. 


Nota: Bermula pagi tadi badan Iman panas dan sejuk lepas makan ubat, lepas tu panas balik. Kesian dia sedang bertarung menahan sakit sebab ke empat-empat gigi taringnya nak keluar. Asyik ketap gigi je..


10 ulasan:

Syamimi Razali berkata...

untung aiman..

kecik2 dah ada ipad..

fieda berkata...

saya pun ada oder jugak..katanya bulan 3 baru dapat..la ye ke..saya pun mati2 ingat touch skrin macam ipad jugak..rupanya sama mcm laptop tu jgk...maira pun ada gak laptop gitu...saya beli rm38 termasuk harga pos...hhuhu..mati2 ingatn touch sreen..hehehe..

Zie berkata...

Bnyk kt online tpi mls nk oder... tunggu kt pasarn sini th bila... dah agk memg bukn touch sreen..cuma sentuh kt gmbr.... oklh 30 kn...

Ummi Iman berkata...

@Syamimi Razali :) bilalah ummi dia pula nak dapat

Ummi Iman berkata...

@fieda tulah.. ayah iman cakap takkanlah touch screen jual murah2 ;)

IntaNBerliaN berkata...

oo yeke.. ingat touch screen.. kalu touch screen mesti ank2 kita lg berminatkan..hihii

btw,mg gigi iman cpt2 keluar.. sian kat iman..

Masya berkata...

owhh.. bukan touch skrin ker?? serius ingatkan touch skrin.. banyak nampak terjual online...

Ummi Iman berkata...

@IntaNBerliaN t.kasih. kesian tgk bila anak sakit

man berkata...

lawa ipad 2

man berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.