بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Isnin, 13 Februari 2012

Resepi orang dalam pantang

Ramai rakan-rakan (sekolah menengah saya dahulu) sedang berpantang sekarang ni. Ada yang dah tak tahu nak masak apa.. lebih-lebih lagi yang kena makan ikan haruan sebab bersalin operation. Kenalah pelbagaikan cara masakan. Jadi ada yang bagi resepi kat bawah ni untuk kawan saya cuba. Bila saya cakap nampak macam sedap je.. kawan saya pun forwardkan message dari senior kami masa sekolah menengah dulu yang diberikan kepadanya..

Hari Jumaat baru ni saya berkesempatan cuba resepi ni di rumah mak. Maklumlah hari Khamis tumpang tidur sana sebab ayah Iman sibuk sangat di office hingga tak balik rumah. Saya memang suka makan lauk orang dalam pantang ;)


Bahan-bahannya:

Ikan haruan (goreng ikut suka garing atau tak)
Bawang putih
Bawang merah
Halia (yang muda sedap sikit)
Lada hitam
Cili Merah

Cara-caranya:

Tumis semua bahan di atas hingga layu,
kemudian masukkan air asam jawa (ikut suka banyak atau sikit)
bubuh gula, garam
masukkan ikan yang digoreng tadi
tutup (tak tutup pun takpe) tunggu sebentar
siap!

Rasanya boleh tahan... tapi saya tak guna ikan haruan, ikan tu adik beradik ikan talapia (mak saya pun tak tahu namanya, orang jual kata sedap dia pun belilah nak cuba).

5 ulasan:

QasehnyaRania berkata...

Teringin nak lalui pengalaman beepantang..ntah bila....

Ummi Iman berkata...

@QasehnyaRania insyaallah dgn izinNya nanti

Princess Solehah berkata...

sedap tu!! lama dah tak makan ikan haruan hihi

fieda berkata...

sedap plk bila time tak berpantang nengok menu org berpantang..

MaryaYusof berkata...

Teringat masa pantang dulu... Ikan haruan ni not badkan rasanya... dulu operate, hari2 mkn lauk ni...oklah, sedap! Letak halia byk sikit bg hilang hanyirkan :)