بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 7 Februari 2012

Puteri-Puteri Mak

muka asli semuanya.. kecuali adik saya yang berpantang tu je yang pakai bedak ;)

Seperti yang dijanjikan dalam ENTRI sebelum ni. Inilah dia wajah puteri-puteri mak saya merangkap kesemua adik beradik perempuan dalam keluarga. 4 orang kesemuanya.. Dari kiri saya (puteri sulung), ain (puteri ke-3), ayut / achik (puteri bongsu) dan ogy (puteri ke-2). Kami selalu bersama.. maklumlah rumah dekat-dekat. Selalulah jumpa.. sembang-sembang dan bertanya khabar. Masing-masing dah berkeluarga kecuali puteri bongsu yang baru habis belajar. Tapi umur dah 23 tahun. Saya seusia dia dah pun berumahtangga. Sekarang ni dok usik-usik dia.. takpelah kalau cepat kahwin kesian mak takde kawan pula nanti. Apa pun kakak-kakak doakan agar bertemu jodoh yang baik suatu hari nanti.


Bergambar bersama mak yang melahirkan kami semua. Siapa yang paling hampir dengan muka mak? Adik beradik saya semuanya wajah berbeza-beza. Apa pun mak dan ayah tetap yang sama hehe.

Antara 4 orang ni ain adalah yang paling peramah dan mudah mesra.. diikuti pula dengan ogy, kemudian achik dan terakhir saya.. Saya memang jenis yang kurang bercakap. Tapi kalau dengan orang yang dah kenal saya akan jadi orang yang terlebih cakap ;) Tak kenal maka tak cinta

Dari segi bilangan anak Ogy mendahului.. dia ada 2 putera dan 2 puteri. Ain pula seorang puteri dan seorang putera (yang kini masih dalam tempoh berpantang). Baby baru dia dinamakan Nur Muhammad. Cukup dah sepasang. Saya pula hanya ada Iman buat masa ni tempat bermanja dan penyeri.

Terima kasih mak kerana melahirkan kami.

1 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...