بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 3 Februari 2012

Orang yang bahagia adalah orang yang bersyukur


Mata belum mengantuk lagi.. tadi pergi rumah mak bawa adik saya (Ogy) sekali. Seronok bila berkumpul semua beradik perempuan (4 orang). Tadi ambil peluang bergambar, dah lama sangat teringin ambil gambar berempat. Tahun ni di usia saya masuk 36 tahun baru berpeluang ambil gambar berempat. Sebelum ni tak terfikir sangat soal ni.. tapi bila semakin meningkat umur ni terasa lebih bersyukur atas kurniaan yang Allah beri. Walaupun kami bukan semewah mana tapi hubungan kami adik beradik tetap erat. Saya cukup menghargainya, kerana tanpa mereka pasti sunyi. Gamat jugalah rumah mak tadi dengan bermacam-macam acara dan gelagat ditambah dengan anak-anak kami semua.

Ooopss dah melalut... nanti saya ceritakan di entri khas tentang perjumpaan tadi.. Banyak entri yang masih disimpan dan belum di post tapi saya pilih yang ini dahulu sebab tertarik dengan rakan yang masih belum tahu tentang Iman. Boleh BACA DI SINI

Saya harap kalian di sana sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Saya yakin segalanya adalah ketentuanNya. Kita sebagai hamba kenalah lalui tanpa rasa rendah diri. Saya juga yakin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Sentiasalah berfikiran positif dalam hidup kerana pasti jiwa kita akan tenang. Tapi bila kita mula berfikiran negatif sudah pasti hidup kita tidak tenang dan sentiasa dalam keadaan berdukacita.

Di bawah ni saya ambil dari facebook untuk dikongsikan... renung dan hayati bersama


 ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi ~

Assalamualaikum kepada semua teman dan fan fb. Semoga rahmat Allah atas semua yang membawa mesej ini. Saya doakan urusan kalian semua dipermudahkan, diberikan ketenangan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Orang yang bahagia adalah orang yang syukur. Melihat apa yang tiada pada kita boleh membunuh rasa syukur. Sebaliknya merenung setiap nikmat yang kita ada akan menyuburkan rasa syukur. Orang yang bersyukur akan Allah tambahkan lagi rezekinya. Orang yang bersyukur akan tenang jiwanya. Insya Allah.

post Tengku Ismadi yang lain...

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)

Renungkan .. hayati.. dan jadikan pegangan.

google image

5 ulasan:

  1. a'aa betoi tu.. bersyukur walaupun kita diuji dgn mcm2 dugaan krn sesungguhnya.. pasti akn ada kebahagiaan yg DIA berikan..

    BalasPadam
  2. slm singgah..intan follow sini ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...