بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 4 Februari 2012

Manusia itu berbeza-beza jiwanya

Dalam pelajari Islam & kebaikan, manusia itu berbeza-beza jiwanya, ada yang suka bertanya & mengetahui bab hukum beserta dalil & kata ulama, ada yg suka santai serta humor, ada yang suka bentuk novel, ada yang suka secara akademik lagi berfalsafah, ada yang suka sederhana ringan & berfalsafah, ada yang suka kisah tauladan sambil mendapat pengajaran. Justeru, mainkan peranan kita di sudut yang kita mampu utk membawa ilmu Islam kpd masyarakat. Tiada perlu mengkritik, mencela & merendah cara yg lain dari kita, kecuali jika padanya terdpt KESESATAN yg TIADA KHILAF.

Saya setuju sangat dengan pendapat zaharuddin.net ni.. banyak perbezaannya bukannya orang lain malah suami, isteri, keluarga pun kita dah nampak perbezaannya. Apa pun yang penting ada minat untuk mengetahui sesuatu. Walaupun caranya berbeza tapi matlamat tetap sama. Macam saya suka sesuatu yang mudah untuk dipelajari dan diikuti.

Begitu juga dengan dunia blogging... jiwa blogger lain-lain. Apa pun kita duduk dalam satu kumpulan yang sama. Mungkin minat dan kecendurangan kita berbeza tapi saya yakin semuanya lakukan untuk kepuasan diri masing-masing. Jadi sama-sama kena hormati satu sama lain. Tak perlu kritik orang lain kerana belum pasti kita sendiri tidak dikritik. Sebab jiwa kita berbeza. Yang penting jadi diri sendiri bukan duplicate atau copy untuk jadi seperti orang lain.

Ini cuma pendapat saya sahaja... peace no war

5 ulasan:

  1. betul even kembar seiras pun jiwanya lain-lain..tak salah klu kita nak cuba jadi org lain klu ia sesuatu yg membawa kebaikan.yg penting peace no war.hehe..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...