بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 5 Februari 2012

Indahnya jika suami seperti Rasulullah..



Untuk para suami jadilah seperti Rasulullah... Amboi pakat suka orang perempuan bila baca ni.. pasti cerita dengan suami masing-masing. Agak-agaknya apa reaksi suami kita... ;)

Pernah bila balik rumah, Rasulullah tengok makanan belum siap terhidang, baginda senyum dan ke dapur membantu masak. Pernah juga bila Aisyah belum menyediakan sarapan, baginda kata, "jika begitu, aku puasa hari ini". Agak-agaklah kalau terjadi kepada kita seorang isteri, mesti kita rasa bersalah, taubat, esoknya cepat-cepat masak. Begitulah halusnya Rasulullah tarbiyyah isteri. Tak perlu marah-marah isteri. Semakin digali sifat Rasulullah sebagai pencinta wanita, makin dalam cintaku padanya.
Siapakah manusia yang sesibuk Rasulullah? Baginda Ketua negara, panglima perang, kaunselor, imam, guru, bekerja juga. Namun baginda tidak malu dan punya masa membantu isteri melakukan tugasan rumah. Pakaian dan sepatu koyak dijahit sendiri, urusan dapur pun baginda tetap membantu. Oleh itu wahai suami-suami percayalah sidai baju, lipat kain, potong bawang, siang ikan, itu semua sunnah Rasulullah. Bukan hanya poligami!
(dari wall rakan FB Dr Norlaily). Antara orang kampung saya yang ada phD. Tumpang bangga...

Bila terbaca je terus copy untuk disharekan di dalam blog ini. Tengok betapa hebatnya Rasulullah. Setiap tindak tanduknya tidak sekali menyakiti orang lain lebih-lebih lagi isteri-isterinya. Andainya semua suami sepertinya alangkah indahnya hidup. Kagum sangat dengan peribadi Rasulullah. Tak salahlah dia menjadi kekasih Allah. Sebagai umatnya saya turut berasa bangga. Jadikanlah beliau satu-satunya idola untuk dicontohi.

Salam Maulidurrasul buat semua...


5 ulasan:

  1. huhu..sedih lak baca entry ni..rahmat besar kalau dpt jumpa baginda nanti.. :)

    selawat dan salam keatas baginda

    BalasPadam
  2. salam maulidur rasul..emm, x tw npe hdiah GA ummi still x smpai2 agi..huhu..:(

    BalasPadam
  3. @asmat90 ya ke? takut ada yg tak amanah dah ambil

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...