بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 15 Februari 2012

i-City Shah Alam

Minggu lepas secara tak disengajakan masuk ke i-City ni lepas balik dari beli Nasi Kandar Kayu di Seksyen 7, Shah Alam. Punyalah jauh cari makanan.. sedap dan murah.. jauh pun sanggup. Ayah Iman memang suka makan nasi kandar ;) 

Balik bila terpandang pintu masuk i-City dalam hati saya berkata (nak bawa Iman tengok lampu). Tiba-tiba ayah Iman pula yang bersuara "Iman nak tengok lampu?".. bacaan hati kami selalunya sama.. kalau dalam hati saya cakap nak makan sini... ayah Iman pasti akan sebut apa yang terlintas di hati saya.. konon-kononnya sehati sejiwa... melalut sudah.. alkisah ingat nak pusing kat bawah tu je.. sekali tengok dah ada pondok tiket, nak reverse jauh juga.. (saya yang drive masa ni.. kalau AI pasti dia dah reverse..) makanya Ayah Iman kata takpelah.. masuk je lah.

Jom tengok sebahagian gambar yang saya ambil di sini... nak masukkan semua banyak sangat. Ini merupakan kali ke-3 saya sampai sini. Kali pertama dulu free je.. sekarang nak masuk kena bayar RM10. Sekarang dah macam taman tema pula.. banyak mainan terutama untuk kanak-kanak. Kami pusing-pusing je tengok apa yang ada di sini, tak main apa pun. Alhamdulillah kali ni Iman dah 'kuat'. Kali ke-2 bawa dia.. dia kena 'kacau'. Dengar cerita ramai juga yang bergambar di sini ada 'benda' lain tumpang sekali bergambar ;) Biasalah tempat-tempat macam ni... atas bukit pula tu...









Sekian...

8 ulasan:

  1. sy xpnh lg g sini.. jauh sgt la plak dr kedah ni..

    BalasPadam
  2. saya dah 2 kali sampai sini..tp aritu takder lagi mende yg berpusing tu..ntah ape ke namanya...

    BalasPadam
  3. dekat sangat dgn rumah kak ina tapi kak ina baru pegi sekali...

    BalasPadam
  4. Iman tak masuk snow walk ke? Sejukkk.. Tp budak kecik sgt mmg tak sesuai masuk pun..

    BalasPadam
  5. Bllom penah sampai lagi..
    Msa stay kt kl dlu blom ada lg.bla dh pindah jb baru buka..huhu
    best kn dpt bwa ank jln2...

    BalasPadam
  6. Salam UmmiIman,

    I-city ni saya tak pernah pergi... mmg cantik tmptnye dgn lampu2 tu... alahai~

    Gerak hati suami isteri yg serasi biasanya sama, ada chemistry gitu :)

    BalasPadam
  7. @Zefa NorAsmara ada lagi ya snow walk tu.. tak perasan. Pernah masuk kali pertama sampai sini, masa tu iman takde lagi.

    BalasPadam
  8. @fieda saya pun tak tahu namanya.. ada orang panggil kerusi berpusing. ramai sungguh org beratur nak naik

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...