بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 28 Februari 2012

Hajat nak tengok ekspo buku islam tak kesampaian

Hari Jumaat lepas ada buat entri mengenai Ekspo buku islam 2 Putrajaya. Ahad baru ni teringinlah juga nak ke situ kebetulan pergi Kem Sungai Besi melawat baby baru anak kepada sepupu (anak arwah adik mak yang bongsu). Dah 54 hari usia baby baru dapat tengok maklumlah berpantang di rumah mertua di Bagan Serai. Jauh nak pergi.

Inilah dia babynya.. anak teruna yang bernama Mohd Amir Al-Azim (ejaan tak pasti betul ke tak). Semangat jugalah baby ni. Terasa bila dukung.

Alkisahnya hari hujan satu hari suntuk. Masa di kem hujan renyai-renyai je bila sampai Putrajaya, punyalah lebat hujan. Kami hanya duduk dalam kereta sahaja memandang ke arah bangunan yang penuh dengan manusia hingga ke luar pintu. Akhirnya, kami pun bergerak menuju ke Masjid Tuanku Mizan untuk solat Asar. Ayah Iman dah solat masa di rumah sepupu saya sejurus lepasnya azan. Saya, mak dan adik tak sempat nak solat, ayah Iman dah ajak balik sebab dah lama duduk. Sebelum ni pernah masjid ni tapi cuma ayah Iman yang solat. Ceritanya ada dalam entri ini. Tapi ahad baru ni dapat juga saya solat di sini.

Nasib baiklah ada parkir dalam bangunan. Senanglah lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan lebat. Sempat lagi ambil gambar sebelum masuk lif. Kena tanggalkan selipar ya sebelum masuk. Sebab lif ni terus ke tempat wuduk dan dewan solat.

Ruang ambil wuduk di tingkat 1. Cantikkan? tunggu takde orang baru ambil. Malu..

Lepas ambil wuduk kena naik tingkat 2 pula untuk ke ruangan solat. Kami naik guna tangga. Kesian mak sakit lutut. Ada lif tak nak guna ;). Tempatnya memang open seperti yang ayah Iman beritahu sebelum ni. Ruang solat wanita tak bertutup pun. Yang bertutup hanya di ruangan tempat letak telekung. Masa ni makcik yang jaga dewan solat ni membebel-bebel sebab ramai tak gantung telekung. Antara katanya "ramai yang datang sini tak bawa telekung, tapi lepas guna tak reti nak gantung, kan dah tulis kat sini lepas guna gantung. Penat juga nak beritahu selalu". Dalam hati saya kata, betullah apa yang dia cakap tu.. tapi lepas saya baca notis yang bertampal tu saya pula yang hairan. Notisnya berbunyi begini. Sila gantung / lipat telekung selepas guna. Laa.. tak salahlah diorang lipat sebab ada perkataan lipat di situ ;)

Oleh kerana ayah Iman dah solat maka dia ditugaskan menjaga Iman yang makin aktif sekarang ni. Sempat lagi ayah dia bawa bola. Itupun yang kecil je.. jangan tak tau yang besar pun ada dalam kereta. Dia nak bawa yang besar, tapi ayah dia ambil yang kecil je.. ialah masjidkan bukannya padang bola. Tapi masa gambar ni diambil kami dah habis solat, kenalah jaga Iman sementara tunggu ayah Iman pergi bilik air. Tengok tu nenek tengah layan dia main bola.

Best je dapat duduk kat sini tengok air. Mak saya kata air ni turun kat mana? sebab kolam ni air mengalir hingga ke hujung dan ia berada di tingkat 2. Saya cakap mengalir ke bawah tapi bila turun tak nampak pula air mengalir dari atas ;)

Sempat lagi ambil gambar Iman di sini.. setting camera tak betul jadi nampak gelap gambar di belakang. Patutnya saya tak guna flash. Kamera pun zoomnya dah rosak Iman main. Tak boleh masuk ke dalam dan tak boleh nak zoom dah. Yang penting masih boleh guna cuma gambar di hujung kiri kanan gelap sebab lens tak terbuka habis.

Tengok betapa lebatnya hujan. Ambil dari dalam kereta, masa ni dalam pukul 6 lebih. Disebabkan hujan yang lebat dan orang yang terlalu ramai maka hajat nak tengok ekspo buku islam ni pun tak kesampaian. Ini dinamakan tiada rezeki dan jodoh di sini.


Dalam perjalanan balik ayah Iman belanja makan satay kajang di R&R Awan Besar lepas solat maghrib di situ. Sedap juga makan satay yang memang tersohor ni... kalau nak makan kenalah datang sini. Dulu ada buka di Bukit Tinggi, Klang. Tapi tutup tak tahulah sebab apa. Mungkin tak ramai sangat orang, walaupun setiap kali kami pergi penuh je orang. Sempat juga Iman tambah koleksi bola di sini. Bola yang penuh bendera semua negara.

3 ulasan:

  1. ye la...ni ler namanya takder rezeki kan..takpe la mgkin nanti blh tgk kt tempat lain plk..

    BalasPadam
  2. dah lama tak pekena sate do R&R awan besar tu.. dah kurang sikit rasanyakan... tak apa..akan ada lagi ekspo sebegini

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...