بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 13 Februari 2012

Ghaib di kubur Cina

Ada baca tak kisah askar yang tiba-tiba ghaib di kubur Cina pada 1 Februari lepas. Beliau adalah anak adik kepada arwah nenek saya (sebelah mak) yang tinggal di Melaka. Hingga kini beliau masih belum dijumpai. Macam-macam cara sudah keluarga mereka lakukan asalkan anak mereka ditemui. Apa sahaja orang beritahu semua mereka buat. Mengikut mereka yang arif dengan dunia ghaib ni, beliau masih berada di kawasan tempat dia hilang. Cuma perlu kuatkan semangat dia untuk kembali ke alam nyata. Saya pun tak sangka zaman sekarang ni boleh berlaku lagi perkara-perkara pelik macam ni.

Entri ni dibuat agar kita sama-sama doakan agar dia ditemui kembali dalam keadaan yang sihat. Kasihan ditambah lagi kelengkapan untuk perkahwinannya bulan 3 ni sudah pun dibuat. Untuk makluman beliau memang seorang yang pendiam.

Keratan akhbar muka hadapan Harian Metro

sambungan di muka surat 6

Jika ada sesiapa yang boleh atau tahu sesiapa yang boleh membantu dari jauh boleh tinggalkan ulasan di dalam entri ini atau e-mail saya ruse_nrk@yahoo.com. Keluarga beliau amat memerlukan bantuan. Terima kasih.

9 ulasan:

  1. eca ada baca tentang ne...
    macam tak caya je kan alam2 ghaib ne..tapi itu sume kuasa Allah kan kak?.
    eca doakan agar sedara akak tu dpt dijumpai.banyak-banyakkanlah berdoa dan bertawakal.

    BalasPadam
  2. tak baca la pula news ni..mudah-mudahan dapat ditemukan ...
    Amin
    nota kaki :
    ciksu masih dalam proses blaja buat cendol.tapi still tak menjadi.
    hahaha. Mak ciksu pon blaja dengan arwah nenek.Cendol luar ciksu tak penah mkn hnya mkn hasiltgn mak saja..puas ..hehehe

    BalasPadam
  3. sy xtau plak pasal ni.. emmmm seram pulak rasa...apa2 pun sy doakn moga dia cpt2 ditemui..

    BalasPadam
  4. moga dia cepat ditemui..pelik tapi benarkan..

    BalasPadam
  5. terima kasih atas doa kalian. insyaallah

    BalasPadam
  6. saya pun doakan agar dia cepat2 ditemui..

    BalasPadam
  7. Uish, benar2 berlaku rupanya... dah jumpa ke belum skrg ni? Kesiannya...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...