بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 1 Februari 2012

Curi masa

google image

Iklan: Sejak ada Iman tak pernah dah pakai jam. Tengok jam di hp je... ;) ada jam susah sikitlah bila nak pegang dia atau baringkan dia dalam kereta nanti sakit pula kalau kena.

Hari ni Hari Wilayah makanya ayah Iman cuti. Pagi-pagi dah keluar bayar cukai pintu dan tanah. Biasalahkan awal tahun. Tengahari baru balik siap beli makanan tengahari. Saya ni jarang masak sebab budak kecil tu suka sangat mengacau di dapur. Ni bukan alasan tau tapi kenyataan. Kalau dia tidur je baru boleh masak. Kadang-kadang tu masak juga sambil 'bergaduh' dengan dia di dapur.

Ni baru balik dari klinik dan workshop. Hari tu selsema makan ubat, selsema baik tapi lendir selsema tu dah melekat pula di paru-paru.. susahnya nak hilang. Jadi pergilah jumpa doktor. Doktor kata dah macam ada astma sikit. Alamak! sesuatu yang tak sedap di dengar. Jadi banyak jugalah ubat yang perlu di makan. Doktor kata sebab resdung pun ya.. family saya memang family resdung. Cuma kuat dengan tak je. Kena pantang makan oklah.. kalau tak selsema memanjang. Pergi workshop cuma nak check kenapa berat je kereta bila tekan minyak. Rupa-rupanya carpet sangkut bawa pedal minyak... nak gelak pun ada. Cina tu kata takpe ramai orang kena macam tu.. hihi

Iman tidur dalam kereta tadi.. tu yang saya boleh online. Sempatlah jenguk blog IntanBerlianNoenFiedaMamaEmaZaiiKulimFPWL (MaryaYusof)JemariAsmara dan blog / FB sponsor GA IntanBerlian (yang ramai tu), sesiapa yang nak join KLIK SINI

4 ulasan:

  1. haha kelakar betul yang tekan minyak berat heheh apek tu dah biase..kitekan pemandu wanita..manelah arif sgt nak tunduk jenguk hehhe

    BalasPadam
  2. bukan perempuan je.. lelaki pun ada hehe. Sebab ayah Iman yang bawa tadi ;) Macamana dua2 boleh tak perasan. Kelakar

    BalasPadam
  3. Umi Iman,

    Dulu Iman sy pun sama, klau nak msk kena dukung die kat pinggang... sb dia nak tgk gak... last2 berdirikan die tepi sinki sambil bg di main air...hikhihik...sb dah boring mkn luar, tu yg gagah juga nak masak...hehehe

    Bagus ek tokeh kedai kete jujur je :)

    BalasPadam
  4. hehehe..kelakaar lah pulak isi yang hampir last tu..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...