بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 24 Februari 2012

Bola Kampung dan Anak Harimau

Malam tadi Iman asyik merengek je masa tidur. Gigi sakit agaknya. Badan dah tak panas. Pagi ni selsema pula dia, sebelum ni adalah sikit-sikit keluar itupun sekejap je, tapi pagi ni asyik meleleh je. Bagi makan ubat, mengantuk dan terus teridur. Harap Iman cepat sembuh. Berbalik pada tajuk entri di atas, mereka yang mengikuti cerita Iman pasti tahu Iman minat sangat dengan bola. Baru-baru ni ada cerita kartun baru bertajuk Bola Kampung yang mengisahkan tentang pasukan bola budak-budak sekolah yang bernama Jayapati. Kartun ni bermula pukul 2 petang sebelum rancangan Wonderpets bermula. Dua rancangan ni memang kesukaan Iman.



Anak Harimau pula kisah bersiri dari animasi Upin & Ipin. Iman suka juga kartun Upin Ipin ni, lebih-lebih lagi siri Anak Harimau. Ayah Iman siap belikan DVD. Bukan Iman sahaja yang tengok, ayah dia pun tumpang sekaki. Senyum-senyum tengok, termasuklah ummi dia sekali yang suka tengok Upin Ipin. Sebab watak dan suara dalam cerita kartun ni memang menarik dan ada unsur-unsur tauladan, tak kurang juga dialognya yang boleh buat saya tergelak.


Penuh bola dalam rumah.. pergi mana mesti beli bola. Tak tahulah mana datang minatnya dengan bola. Agaknya masa baby ayah dia selalu tengok bola, secara tak langsung dia pun minat sama. Kami ikutkan sahajalah, hari-hari sepak bola dalam rumah. Ummi dia pun dia suruh main sama. Siapa lagikan, dah berdua je di rumah.

Iman bersama sebahagian dari koleksi bolanya.. yang kecil-kecil semua dah simpan dalam box. Yang besar ni pun dah ada hampir 10 biji.


8 ulasan:

  1. a'kum...minat sunguh iman dgn bola ye...samalah dgn anak sy si Haiqal tu, pantang nampak bola msti nak beli...

    klu dia tgk rancangan bola kg jgn haraplah ibunya tgk siaran lain...he..he...

    BalasPadam
  2. Hero mestilah suka dengan bola

    BalasPadam
  3. byknya bola iman.. alisha pun sk main bola..hihi

    btw, mg iman cpt sembuh :-)

    BalasPadam
  4. Salam Ummi Iman,
    Agaknya siapa nama Iman mmg suka main bola... Iman kami pun byk koleksi bola...

    Masih demam lg ke Imannya? Nak tumbuh gigi ye...ala siannya... cepat2 baik cayang :)

    BalasPadam
  5. t.kasih Intan & Marya. alhamdulillah Iman dah sembuh.

    BalasPadam
  6. alahai banyaknya bola iman....dah besar nanti boley jadi pemain proffesional ni.../

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...