بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 4 Januari 2012

Sudah 6 hari tak berupdate

Iman dalam kereta sewaktu dalam perjalanan balik ke Kelantan. Sekarang dah tak mau duduk dalam seat dia. Duduk pun tak nak berpegang. Susah jugalah nak bawa kereta sekarang ni. Takut dia jatuh.

Salam. Rindu sangat dengan blog tapi masa memang tidak mengizinkan kerana balik Kelantan melawat ayah mertua yang kurang sihat. Dah lama sakit tapi baru ni berpeluang untuk ziarah. Bermula dari hari Khamis kami bertolak 29.12.2011 hingga 3.1.2012 (pukul 3 pagi) kami tiba di rumah. Selama itu memang tidak berpeluang langsung buka laptop hinggalah di malam ini baru boleh buka itupun sebab Iman baru je tidur.

Kepada pemenang 2nd GA Ummi Iman, saya minta maaf banyak-banyak kerana belum berkesempatan untuk pos hadiah. InsyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. Terima kasih di atas kesabaran menunggu ;). Saya belum terima alamat dari 2 pemenang GA iaitu 2merah1ungu3c.blogspot.com (asmat90) dan ayuayu101.blogspot.com (dah singgah blog ayu nampaknya blognya pun tidak berupdate).

4 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...