بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 10 Januari 2012

Pemain bola sepak Real Madrid: Kaka masuk Islam


Saya ingin kongsikan maklumat yang menarik ini. Alhamdulillah jika ianya benar makin ramai dikalangan yang terkenal dan berpengaruh memeluk agama Islam. Semoga hidayah dan rahmat Allah sentiasa bersama mereka. Apa yang sedihnya mereka yang dilahirkan sebagai orang Islam semakin jauh pula dengan Islam walaupun mereka cemerlang dalam bidang pendidikan. Cepat terpengaruh dengan budaya barat. Nauzubillah.

Berikut adalah entri yang diperolehi dari sumber di bawah.

Heboh di dalam Facebook kawan-kawan yang berbangsa Arab mengatakan bahawa pemain bola sepak terkenal Kaka telah memeluk agama Islam. Gambar ini diambil pada 26 December 2011 baru-baru ini di sebuah masjid di Dubai.

Dilaporkan bahawa Kaka ataupun nama sebenar Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid ini. Kalau berita ini benar alhamdulillah. Bertambah lagi umat Islam didunia ini. Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita ini benar. Tetapi berita ini memang heboh di dunia Arab sekarang. Mungkin Kaka telah memeluk agama Islam. Dalam pasukan Real Madrid sekarang terdapat 4-5 orang individu beragama Islam seperti Karim Benzema, Nuri Sahin, Hamid Altintop, Mesud Ozil dan Sami Khedira.


3 ulasan:

  1. Senyuman kaka menarik..sweet...

    BalasPadam
  2. Alhamdullillah, bertambah seorg lg Umat Islam ;)

    BalasPadam
  3. dia memang handsome ! .. semoga jadi ikutan semua org !

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...