بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 19 Januari 2012

Iman dengan gaya tidurnya

Disebabkan Iman tidur je ummi dia boleh online maka terciptalah entri ini... taklah saya gurau je. Saat yang paling seronok bila tengok muka anak yang ceria dan bila dia sedang tidur. Bila dia tidur sayu je hati tengok wajahnya yang suci tu sedang lena. Ummi dia pasti ambil kesempatan cium berkali-kali di pipi. Dalam hati sentiasa doakan yang terbaik untuk dirinya. Kadang-kadang sebak sebab terasa indah sangat dengan kehadiran dia disisi yang sukar digambarkan.

Jom tengok macamana Iman tidur.. macam-macam gaya ada.. setengah gambar ni dah ada dalam entri sebelum ni.. tapi yang ni khas untuk gaya tidur dia ;)

ni semasa balik raya di Kelantan tahun lepas

yang ni kepanasan, tengok dia susah nak tidur jadi ummi dia bukakan baju. Lepas buka baru boleh tidur. Dah tak pakai baju pun buka tangan luas-luas masih tak cukup sejuk lagi agaknya

yang ni gaya terbaru tidur dalam kereta. Ummi dia nak pegang tak mau.. jadi biarkan saja.. begitulah jadinya. Dah tidur baru ummi dia betulkan posisi.

ni masa balik Kelantan bulan lepas
 
ini pula ketika ummi dia buat kerja.. bila jenguk tengok dia dah tidur.. punyalah luas tilam, kat tepi juga dia nak tidur. Bukan senang nak tidur sendiri.. selalunya memang kena berteman.
 
ni pula kepenatan lepas balik dari rumah sepupu-sepupu dia.. sampai rumah terus tidur

sewaktu berusia 4 bulan

 yang ni pula ketika berusia 3 bulan. Tengok tangan dia tu... comel je..

8 ulasan:

  1. comel je Iman tidur..

    betul tu ummi iman.. saya pun bila Ukasyah tidur sayu tengok wajah mulusnya, cium entah berapa banyak kali sampai terjaga anak. hihi..

    BalasPadam
  2. olololo..comelnyer..mmg saya pun rasa sayu jer bila tgk anak2 tido..

    BalasPadam
  3. sama lah kita pun suka sgt tengok muka anak waktu dia tidur....sayu je rasa hehe

    BalasPadam
  4. Alah comey jek. Suka tengok gaya anak anak tido kan..

    BalasPadam
  5. bila tgk balik gambar2 lama... hmm.. betapa cepatnya masa berlalu.. sekejap je dah besar kan..
    jemput ke blog http://hebatkan.blogspot.com :)

    BalasPadam
  6. best kn tgk ank2 time tidur.. :-)

    BalasPadam
  7. hihi..comel..sama cam zahra, tido macam2 style..bestkan tgk depa ni time tido..rasa nak cium2 je..

    nak mitak tlun klik like kat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150485833724677&set=a.10150463338364677.370360.232667634676&type=3&theater

    thanks..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...