بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 7 Januari 2012

Gambar Iman di Kelantan

Di mana-mana pasti bawa bola... gambar dalam bilik hotel Gua Idaman

Tempat baru susah sikit nak tidur... akhirnya mengalah juga setelah di padam lampu dan macam biasa ummi dan ayah kena pura-pura tidur.

Iman takut patung ultraman ni... ayah saja je suruh dia pegang. Iman tak suka patung yang pelik-pelik. Dia hanya suka sesuatu yang nampak realiti dengan kehidupan.

Dia mencuba game yang baru dibeli dari kedai di atas tu.. sekejap je main tekan-tekan. Lepas tu boring. Akhirnya buka video di camera digital untuk hilangkan boring dia. Itu sahaja yang membuatkan dia khusyuk dan diam dalam kereta.

Dalam pasaraya baru di Kota Bharu. Tunggu ayah solat. Saja je letak dalam trolley, kalau tak pasti kena main kejar-kejar. Yang peliknya dia suka dengan trolley ni.. hehe agaknya baru dan lancar je bila tolak. Banyak kedai tutup dalam pasaraya ni.. kurang laku agaknya. Lagipun sekarang Kelantan dah banyak sangat market / supermarket / hypermarket.

yang ni bukan di Kelantan ya.. ni dalam rumah Iman. Inilah dia hadiah yang Iman dapat sewaktu dalam perjalanan balik dari Kelantan. Beli di Machang... kedai tepi jalan. Nak beli basikal jadi motosikal pula.. Iman takut nak tekan pedal kat kaki motor ni.. sebab laju.. jadi dia guna cara manual untuk gerakkannya.. tolak guna kaki atau pun dia tak naik dan tolak guna tangan. Rugi je beli.. kena tunggu dia betul-betul confidentlah nampaknya.. :)

6 ulasan:

  1. Perangai Iman sebijik mcm ni jugak... kite kena pura2 tdo dlu...baru nak tdo.. takut dgn benda pelik2...main moto @ basikal xreti kayuh tp guna kaki nak jlnkan...agaknye sapa nama Iman mmg begini perangainye...heehee

    BalasPadam
  2. kalau tak nak main bagi akak je lah dik....hehehe..

    BalasPadam
  3. hihiii lbh kurg alisha je... alisha pun sk dgn bola skrg ni... disebbkan dia xda wn... sylah kene main dgn dia..hihii

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...