بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 31 Januari 2012

Duit Tabung


Akhirnya penuh juga duit tabung Iman. Iman yang sebelum ni rajin tolong masukkan duit tabung (lihat aksinya dalam gambar di atas tu) semalam rajin juga tolong ayah dia keluarkan duit tabung tersebut. Eh.. kebetulan sama pula baju yang dipakai. Gambar yang di atas tu di ambil beberapa minggu sebelum ni.

proses mengeluarkan duit syiling dan mengasingkannya... lihatlah budak kecil yang tekun dan rajin membantu tu...

Tabung buluh tu nampak je besar tapi isi dalamnya tidaklah banyak mana. Ianya untuk dimasukkan dalam akaun simpanan Iman. Punyalah sabar AI nak keluarkan duit dalam tabung tu.. mulanya kata nak belah tapi dikeluarkan mengikut lubang tabung. Bunyinya usah cakaplah.. meriah macam bunyi basuh kerang ;)

Tapi walaumacamanapun jumlahnya lebih banyak dari duit tabung Nuffnang ummi dia ;). Teruskanlah menabung ya Iman, bila besar nanti senang dah ada duit simpanan sendiri. Ini misi ayah Iman, saya doakan misinya tercapai.

9 ulasan:

  1. lama tak jumpa tabung buluh .. teringat zaman kanak-kanak dulu...

    BalasPadam
  2. lama tak tgk tabung buluh ni.. baguslah dah pandai menabung

    BalasPadam
  3. alya pun sama sudah diajar menabung..tapi bukan guna tabung buluh la..hehe

    moga tabungan Iman akan berganda2 ;)

    BalasPadam
  4. tabung buluh tu diimport dari Kelantan ;) ayh Iman mmg suka sesuatu yg nampak lama

    BalasPadam
  5. Ui mane dapat tabung buluh..ade tak jual heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli di Kelantan UM. Ramai berminat bolehlah jual hehe

      Padam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...